Lelaman Utama cyBerita
  • Sajian Berita
    • Muka Depan
    • Singapura
    • Dunia
    • Sukan
    • Gah!
    • Forum
    • Komentar
    • Ekoniaga
  • DuniaCyberita
  • Syiar
  • Isu
  • Citra
  • Vodcast
  • Waktu Solat
  • Promosi
  • Kenali Kami
  • Hubungi Kami
Muka Depan
  • Sesi foto Terai Melayu

    BELUM terai, belum tahu. Itulah permulaan kisah kumpulan Terai Melayu Sg, yang menggandingkan kekata Inggeris tri, untuk triatlon dan try atau cuba dalam bahasa Melayu. Bermula dengan hanya sekumpulan kecil anggota Melayu pada awal 2009, kini kumpulan tersebut mempunyai hampir 50 penggemar triatlon berbilang kaum sebagai anggotanya yang aktif. Secara keseluruhan, kumpulan itu mempunyai kira-kira 300 anggota. Ramai sertai Terai Melayu Sg kerana tertarik dengan semangat kekeluargaan kumpulan penggemar triatlon ini...

     
  • Gilakan Fesyen 2.05 min

    Dua gadis Melayu perah idea dan bersengkang mata demi hasilkan karya fesyen luar biasa

    APABILA ibunya dikesan menghidap barah usus besar tahap tiga sekitar 2009, Cik Noor Shahidah Bani Fawz Mohamed terasa mahu membenamkan sahaja cita-citanya untuk menjadi pereka fesyen. Pelajar Diploma Rekaan Fesyen di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) itu ingin berhenti sekolah sahaja untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit dan lemah dek rawatan kemoterapi.

    Namun, para pensyarah yang melihat potensi besarnya dalam bidang ini menyarankan agar Cik Noor Shahidah, kini 22 tahun, setakat menundakan pengajiannya. Berkat doa ibu dan dirinya sendiri, kesukaran yang menghimpit benak dapat diatasi dan beliau kembali menimba ilmu fesyen di Nafa. Tahun ini, anak keempat dalam keluarga enam beradik itu bakal menamatkan pengajiannya dan menggenggam segulung diploma. Meskipun ditawarkan peluang meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah, gadis ramah dan kaya dengan idea gila-gila ini ingin mengembara dan menimba pengalaman bekerja terlebih dahulu.

    Sewaktu ditemui di Nafa, banyak kisah suka duka yang beliau kongsi, memberikan gambaran nyata tentang tugas seorang pereka fesyen yang tidak seglamor mana. 

    “Ramai orang sangka pelajar fesyen adalah yang paling bergaya dan ‘glamor gila’ macam dalam program Project Runway. “Sebenarnya tidak. Kami banyak menitiskan air mata dan bersengkang mata demi menghasilkan rekaan fesyen yang luar biasa atau mampu diterima pensyarah kami. “Ada yang datang ke kelas dalam keadaan tidak mandi (tapi bukan sayalah, ya...) dan wajah macam zombie sebab tidak tidur. “Ditegur, dikritik, dihumban dengan cubaan menjahit atau mencari bahan sudah menjadi perkara biasa,” ujarnya.

    Masih jelas di ruang fikirannya betapa perit dan sebak dirinya melihat ibu yang disayangi, Cik Fouziyah Jait, 54 tahun, menderita penyakit barah.
    “Kecenderungan saya terhadap bidang fesyen begitu menebal walaupun saya dianggap pelik jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Sejak usia 14 tahun, saya membeli penggaris mata saya yang pertama. “Kemudian, saya curi baju ibu, abang dan kakak untuk dijadikan bahan eksperimen, memadankan pakaian A dengan pakaian B.

    “Apabila ibu sakit, saya tidak sampai hati untuk pentingkan diri sendiri. Saya berhenti sekolah untuk menjaganya dan menemaninya di sesi kemoterapi setiap dua kali seminggu,” jelasnya lagi.

    Cik Noor Shahidah menyifatkan ibunya yang kuat semangat sebagai pendorong dan pencetus motivasi. Beliau sendiri meminati bidang sejarah bahkan menjadikan seragam askar Rejimen Melayu yang dipimpin Leftenan Adnan Saidi sebagai sumber inspirasi menjana fesyen lelaki bagi projek tahun keduanya. Rekaan fesyen lelaki yang beliau hasilkan dipengaruhi kostum ketenteraan dan baju kurung Rejimen Melayu – dari kolar, songkok, ikatan samping dan tali pinggangnya.

    “Saya ingin memberi penghormatan pada perjuangan dan jerih payah orang Melayu dahulukala. “Tambahan pula, saya dipengaruhi sentimen abang saya yang cukup patriotik. “Saya kira itulah yang membuat saya terdorong ke Bukit Chandu dan meresapi diri saya dengan kisah-kisah bersejarah yang menyayat hati. Dari situ, timbullah idea sebegini,” katanya.

    Bagi projek tahun akhirnya, beliau memikirkan idea-idea yang tidak diketahui atau disedari umum, berdasarkan kajiannya terhadap kisah dongeng tulisan Jacob Grimm dan Wilhelm Grimm sekitar abad ke-19. “Ramai yang menyangka kisah dongeng puteri-puteri Disney sungguh indah. Pendek kata, Cinderella dan Snow White itu orang baik-baik. “Namun, siapa tahu dongeng asal nya sebenarnya kaya dengan komplikasi dan sulit untuk diterima? “Cinderella dicintai oleh pemimpin kuku besi, Adolf Hitler. Kisahnya penuh propaganda,” ceritanya lagi.

    Atas dasar itulah, rekaan fesyen beliau, antara lain, menggambarkan Snow White sebagai puteri berbaju hitam dan bukannya putih. Tentunya idea lain daripada lain juga memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar yang bakal menggenggam Diploma Pembarangan dan Pemasaran Fesyen, Cik Siti Nor Rohani Zaini, 23 tahun.

    Bersama teman-temannya, Cik Wang Liting, 20 tahun, Cik Brenda Ling, 22 tahun dan Cik Carina Tan, 21 tahun, beliau menghasilkan projek tahun akhir bagi mempromosikan jenama mereka, AV.E.NUE.

    Dipengaruhi seni bina bangunanbangunan ikonik seperti Muzium Jewish Daniel Libeskind di Berlin, Jerman, pasukannya menggunakan bahan-bahan bukan konvensional seperti bahan sintetik, tyver yang digandingkan dengan bahan kulit atau kapas untuk rekaan fesyen mereka.

    “Mulanya, saya memang tidak yakin dapat meneruskan minat saya dalam bidang fesyen. Takut payah cari makan di Singapura.
    “Namun, dipengaruhi oleh pilihan abang yang juga lulusan Nafa dalam bidang yang sama, saya bulatkan tekad mencuba,” katanya.

    Cik Siti Nor Rohani banyak belajar erti kesabaran dan teknik berkomunikasi sepanjang kursusnya itu. “Kursus ini memang mencabar kerana memerlukan pemikiran yang tajam, kerajinan mengkaji pasaran dan daya tahan untuk timbulkan idea-idea menarik,” katanya.

     
  • Harapan Setinggi Gunung 2:59min

    BARU-BARU ini, Cik Aishah Samad menerima berita yang berjaya membuatnya menguntum senyum. Bekas penembak negara itu telah diminta sebuah sekolah menengah agar kembali menjadi jurulatih pasukan menembaknya.
    Walaupun Cik Aishah akur dan tawaran tersebut baru di tahap perjanjian lisan sahaja, perkembangan terbaru dalam hidupnya itu tetap menggembirakannya. “Saya berasa begitu positif... lebih positif daripada dahulu,” kata Cik Aishah, apabila Berita Harian (BH) melawatnya di flat tiga bilik miliknya di Bedok North.

    “Siapa sangka, keadaan saya ini telah membuka peluang baru untuk saya mencapai impian saya,” kata Cik Aishah yang telah hampir setahun hidup tanpa lengan dan kaki. Sebenarnya, Cik Aishah, 40 tahun, telah meletak jawatan sebagai pegawai polis auksiliari untuk menjadi jurulatih menembak sepenuh masa. Namun hasrat murninya itu tidak kesampaian. Beliau ditimpa musibah yang bermula apabila beliau mengadu sakit perut semasa bercuti di Shanghai, China.

    Sekembalinya ke Singapura, Cik Aishah dikesan sebagai mengalami jangkitan uterus yang mengakibatkan tubuhnya mengalami kejutan septik dan organ-organnya berhenti berfungsi. Mujurlah, doktor berjaya menyelamatkan nyawanya, tetapi dengan pengorbanan yang tinggi – lengan dan kaki Cik Aishah mengalami kelemayuh dan akhirnya dipotong.
    Ikuti laporan penuh di Berita Harian...

     

     
  • Infiniti M37

    2.07 min

    Uji Pandu Bersama David Coulthard

    Bekas juara dunia F1, David Coulthard mempamerkan kehandalannya memandu kereta Infiniti M37. Acara yang diadakan di Pusat Pameran Changi diadakan sempena pelancaran jenama Infiniti di Singapura. Demonstrasi dijalankan dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan dengan kepakaran para profesional.

     
  • Audi S4

    1:12 min

    Uji pandu kereta Audi S4 Avant

     

Pages

  • 1
  • 2
  • next ›
  • last »
Loading

VodCast Cyberita

  • Sesi foto Terai Melayu
  • Gilakan Fesyen 2.05 min
  • Harapan Setinggi Gunung 2:59min
 

Footer Menu

  • Hubungi Kami
  • Kenali Kami
  • Langgan BH/BM
  • Waktu Solat
  • Cuaca

Copyright© 2012 Singapore Press Holdings Ltd. Co. Regn No. 198402868E | Privacy Statement | Terms & Conditions