Mudah cetak
E-mel
11 Ogos 2006
SUKAN
RINGKAS Sukan
James mahu cari kelab lain
MANCHESTER: Penjaga gawang England, David James, ingin meninggalkan Manchester City, demikian disahkan oleh pengurus pasukan kelab, Stuart Pearce.
James, yang tunangnya tinggal di selatan England, telah memberitahu Pearce tentang hasratnya itu dengan sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Portsmouth, menunjukkan minat untuk mendapatkan tenaga penjaga gawang berusia 36 tahun itu.
Sehubungan itu, Pearce dilaporkan giat berusaha mendapatkan penjaga gawang kelab Rennes, Andreas Isaksson, dari Sweden, sebagai pengganti sekiranya beliau kehilangan tenaga James. - Reuters.
Ibrahimovic ke Inter Milan
MILAN: Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Juventus apabila beliau menyertai Inter Milan kelmarin.
Penyerang Sweden itu telah bersetuju dengan kontrak selama empat tahun bersama Inter. Sebelum ini, Juventus kehilangan Patrick Vieira, Fabio Cannavaro, Emerson, Gianluca Zambrotta dan Lilian Thuram.
Ibrahimovic adalah antara tunggak Juventus yang menjuarai Liga Serie A Italy musim lalu sebelum kelab itu digegari skandal rasuah. - Reuters.
Ralat
DALAM laporan bertajuk 'Lima sebab Chelsea akan terus berkuasa' di halaman Sukan pada 5 Ogos lalu, dinyatakan bahawa tiada pasukan yang pernah menjuarai EPL sebanyak tiga kali berturut-turut.
Sebenarnya Manchester United pernah menjadi juara tiga kali berturut-turut pada 1999, 2000 dan 2001.
Dalam halaman Sukan pada 8 Ogos pula, terdapat kesilapan pada tajuk berita 'Button menang di Hougang'. Tajuk yang betul seharusnya berbunyi 'Button menang di Hungary'.
Kami meminta maaf di atas kesilapan itu.