MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

21 Mei 2009

SUKAN

MOHON HOS PIALA DUNIA
Russia mahu Hiddink ketuai kempen

MOSCOW: Russia mahu jurulatih skuad nasionalnya, Guus Hiddink, mengetuai kempen memohon menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 atau 2022.

'Kami ingin Guus menjadi duta kehormat bagi kempen Piala Dunia kami,' jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Russia, Alexei Sorokin.

'Kami rasa beliau memiliki daya penarik dan tentunya mampu mencerahkan peluang kami bersaing dengan negara-negara lain seperti England dan Sepanyol.'

Pada Isnin lalu, England mengumumkan pihaknya antara lain akan bergantung pada David Beckham bagi membantu mereka memohon menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Hiddink menjadi ikon di Russia selepas kejayaannya membimbing skuad nasional ke peringkat separuh akhir Kejohanan Eropah buat pertama kali dalam 20 tahun.

Jurulatih asal Belanda berusia 62 tahun itu dilantik sebagai pengurus sementara kelab Chelsea dalam Liga Perdana England pada Februari lalu dan kembali meneruskan tugas sepenuh masanya melatih pasukan Russia pada hujung Mei ini dalam usaha membantu mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Sorokin turut menyatakan bahawa FA Russia akan membentangkan rancangan mereka kepada Hiddink sebaik sahaja beliau tiba di Moscow bagi mempersiap pasukan untuk menentang Finland dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pada bulan depan.

Pemerintah Russia memberi sokongan penuh kepada usaha FA negara itu menjadi penganjur kejohanan tersebut.

Jika berjaya, Russia bakal menjadi hos Piala Dunia buat julung- julung kali dalam sejarahnya.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menyatakan pada Mac lalu bahawa 13 negara melahirkan minat menjadi hos Piala Dunia 2018 atau 2022. -- Reuters.


 
   
   
 

SUKAN

 
 
Hafiz sukar dapatkan penaja
 
 
City dijangka turunkan Vieira dan Johnson
 
 
Mourinho mungkin kembali ke England
 
 
Arsenal usah berangan-angan lagi
 
 
Nasib Balestier Khalsa tidak berubah
 
 
Nunes selamatkan Real Mallorca
 
 
Cagliari jadi mangsa terbaru Inter
 
 
M'sia bina kekuatan mental untuk raih emas Sukan Asia
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual