MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

5 Jan 2009

SUKAN

TENIS
Federer mahu rampas semula tempat pertama

DOHA (Qatar): Bekas pemain nombor satu dunia, Roger Federer, akan memulakan usaha meraih semula kedudukannya daripada Rafael Nadal sebaik-baik sahaja tirai kegiatan tenis musim ini disingkap menerusi Kejohanan Terbuka Qatar yang bermula hari ini.

Pembukaan musim Jelajah Dunia ATP itu turut menyaksikan persaingan sengit antara dua pemain utama tersebut buat kali pertama sejak final Wimbledon enam bulan lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain ini perlu memberi perhatian terhadap kehadiran Andy Murray selepas pemain Scotland itu mengalahkan mereka untuk menjuarai kejohanan pertunjukan Abu Dhabi dengan hadiah AS$250,000 ($360,000) Sabtu lalu.

Dalam final Wimbledon tahun lalu yang berjalan empat jam 45 minit dan dimenangi Nadal pada set penentuan 9-7, Federer membuat kenyataan yang cukup menyentuh: 'Saya rasa, ramai yang meninggalkan gelanggang ini lebih berasa simpati terhadap saya berbanding yang gembira dengan kejayaan yang dicatat oleh Rafa. Ia benar-benar mengecewakan saya.'

Hasil tinjauan ATP ke atas 65,000 peminat tenis baru-baru ini, 44 peratus yakin Federer berupaya merampas kedudukannya sebagai pemain nombor satu yang disandangnya dengan rekod 237 minggu, dan Kejohanan Doha akan menyaksikan sama ada tinjauan itu benar atau sebaliknya.

Daripada tinjauan yang sama, 34 peratus berpendapat Nadal, pemain kidal itu akan terus kekal ditangga pertama untuk mengikut jejak kejayaan John McEnroe pada musim 1981 hingga 1984.

Pada musim lalu, pemain Sepanyol itu memenangi lapan kejohanan dan perlawanan paling banyak 82 kali.

Beliau kini berusia 22 tahun, masih muda dan masih belum mencapai persembahan maksimum dan mempunyai peluang yang baik untuk menguasai kejohanan antarabangsa buat beberapa tahun lagi di peringkat yang lebih tinggi, berbanding pencabar utamanya, Federer, yang berusia 27 tahun.

'Saya yakin beliau dengan mudah bakal kekal sebagai pemain nombor satu dunia dua atau tiga tahun lagi,' kata agen Nadal, Carlos Costa. 'Beliau pasti menghadapi cabaran paling getir tahun ini, tetapi buat masa ini beliau adalah pemain yang terbaik,' tambahnya.

Oleh itu, Costa berpendapat sukar bagi Federer merampas kedudukannya. Hanya seorang pemain, Ivan Lendal, yang berjaya menebus kedudukannya di tangga pertama 20 tahun lalu.

Dalam pada itu, tidak kurang yang menyangsikan masa depan Federer. Mereka percaya kegagalannya mempertahan dua mahkota Grand Slam pada 2008, selain gagal menjadi juara dalam siri Masters, termasuk gagal di Sukan Olimpik Beijing, jelas menunjukkan geraf persembahannya yang menurun.

'Federer adalah Federer. Apabila ada yang menyatakan beliau sudah di penghujung jalan, saya sering menafikannya. Bukan kerana saya yakin beliau akan bangkit memenangi beberapa kejohanan lagi, tetapi kerana saya sering berpendapat beliau pemain terbaik,' kata Nadal.

Kedudukan pemain pilihan di Terbuka Doha:

1. Rafael Nadal (Sepanyol) 2. Roger Federer (Switzerland) 3. Andy Murray (Britain) 4. Andy Roddick (Amerika Syarikat) 5. Igor Andreev (Russia) 6. Dmitry Tursunov (Russia) 7. Philipp Kohlschreiber (Jerman) 8. Mikhail Youzhny (Russia). -- AFP.

 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer