MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

5 Jan 2009

SUKAN

TENIS
Murray atasi Nadal kali kedua berturut-turut

ABU DHABI: Andy Murray yakin beliau dapat memberikan satu lagi tamparan hebat kepada pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, sekiranya mereka bertemu lagi di Terbuka Australia - Grand Slam pertama 2009.

Pemain Scotland itu mengalahkan juara Terbuka Perancis, Wimbledon dan Olimpik itu, 6-4, 5-7, 6-3, untuk memenangi hadiah AS$250,000 ($360,000) yang dibolot oleh pemenang dalam satu perlawanan pertunjukan di Abu Dhabi kelmarin, sehari selepas beliau mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia dari Switzerland, Roger Federer.

Kemenangan kelmarin adalah yang kedua berturut-turut bagi pemain nombor empat dunia itu ke atas Nadal, pemain Sepanyol yang disingkirkannya di Terbuka Amerika tahun lalu.

'Apabila kami bermain di Terbuka Australia, saya tahu bahawa saya dapat mengalahkannya dalam satu lagi perlawanan yang sengit,' kata Murray dengan penuh yakin.

'Ini satu permulaan yang sungguh baik bagi tahun baru. Ia satu perlawanan yang panjang, tidak terasa seperti satu perlawanan pertunjukan.

'Saya benar-benar berasa baik dengan cara saya bermain... beberapa ralinya sukar sekali dipercayai.

'Saya mengejutkan diri saya sendiri. Setiap perlawanan menentang Nadal adalah satu perlawanan yang sukar. Tiap kali saya menentang para pemain teratas, saya sedar saya perlu bekerja lebih gigih lagi dan memberikan permainan yang terbaik jika mahu mengalahkan mereka.'

Murray kini akan menyertai Nadal dan Federer di Terbuka Qatar di Doha yang bermula hari ini - minggu permulaan bagi musim 2009.

Nadal, yang terlepas peluang beraksi di kejohanan penutup musim - Piala Masters - di Shanghai hujung tahun lalu kerana kecederaan lutut, telah bermain buat kali pertama dalam tempoh dua bulan. Beliau melahirkan rasa gembira dengan permainan dan kesihatannya selepas perlawanan tersebut.

'Hari ini adalah ujian yang terbaik untuk lutut. Ia adalah dua jam 45 minit tenis yang bermutu tinggi dan saya berasa baik sekali,' kata Nadal yang kini mempunyai rekod 5-2 ke atas Murray.

Mengenai lawannya itu, Nadal menambah: 'Beliau menjadi bagus hujung tahun lalu dan benar-benar bermain dengan baik sekarang. Saya fikir beliau mempunyai peluang baik di Australia.'

Nadal menambah: 'Saya melakukan beberapa kesilapan hari ini tetapi saya fikir ia sesuatu yang dijangkakan selepas dua bulan tidak bermain.

'Saya fikir saya telah bermain dengan baik. Saya banyak berlari dan berasa sihat.' - AFP.

 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer