MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

12 Mei 2008

SUKAN

TENIS
Djokovic beri amaran tentang jadual ketat perlawanan

ROME: Pemain nombor tiga dunia, Novak Djokovic, kelmarin menyuarakan amaran mengenai kesan buruk jadual ketat dalam kalendar ATP selepas penarikan beberapa pemain akibat kecederaan yang menutup laluan mereka ke final Masters Rome.

Pemain Czech, Radek Stepanek, menarik diri daripada perlawanan separuh akhir dengan Djokovic kelmarin - kurang 24 jam selepas pemain Sepanyol, Nicolas Almagro, bersara dan ini telah menempatkan juara Terbuka Australia itu ke separuh akhir.

Stepanek, yang mengejutkan pemain nombor satu dunia, Roger Federer, Jumaat lalu, ketinggalan 0-6 dan 0-1.

'Ini satu lagi bukti musim yang benar-benar sukar. Pemain-pemain cedera bukan tanpa sebab,' Djokovic memberitahu satu sidang akhbar semalam.

Pemain utama Amerika Syarikat, Andy Roddick, juga bersara awal di peringkat separuh akhir semasa menentang pemain bukan pilihan, Stanislas Wawrinka, dari Switzerland, kerana kecederaan belakang badannya.

Roddick ketinggalan 0-3 dalam set pertama semasa mengumumkan 'persaraannya'.

Sebelum itu, Almagro mendapat kemenangan percuma di peringkat suku akhir selepas pemain Chile, Fernando Gonzalez, johan tahun lalu, menarik diri daripada pusingan ketiga kerana cedera di kaki.

'Pemain-pemain di senarai atas dan yang bermain banyak perlawanan kurang senang dengan jadual pertandingan tahun ini,' kata Djokovic.

'Kami sedari bahawa Olimpik menjadikan keadaan lebih sukar dan ini adalah satu perkara yang perlu dibincangkan bersama pada masa depan.

'Saya tidak mengkritik sesiapa, tetapi adalah penting menjaga kebajikan pemain. Kami tidak mahu berada pada keadaan seperti ini dalam pertandinganpertandingan besar, di mana para pemain bersara di separuh akhir dan suku akhir selepas bermain pada set pertama,' tambah pemain Serbia itu. -- Reuters.


 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer