MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

7 Okt 2006

SINGAPURA

'I DREAM' JADI MIMPI BURUK?

Lagu 'hampir sama' dalam 2001 timbulkan tanda tanya keaslian lagu Taufik Batisah

Oleh
Azahar Mohd

LAGU I Dream yang pertama kali dipopularkan oleh Taufik Batisah ketika menjuarai pertandingan Singapore Idol 2004 kini disangsikan keasliannya kerana lagu yang hampir sama dikatakan pernah dinyanyikan oleh pemenang Grammy, LeAnn Rimes, pada 2001.

Lagu dendangan Taufik - termasuk lirik dan iramanya - amat mirip dengan lagu yang dinyanyikan LeAnn bagi persembahan Anugerah Sukan Dunia 2001 - juga bertajuk I Dream.

Pengguna laman Internet, Youtube, mengesan lagu I Dream nyanyian LeAnn Rimes itu di youtube.com watch?v=Tq0lyaBsHyY.

Video nyanyian LeAnn itu dipaparkan di laman tersebut sekitar dua minggu lalu.

Mereka turut mempersoalkan keaslian lagu seperti yang didakwa oleh MediaCorp bahawa I Dream telah dicipta khas oleh Michael Fallon untuk pemenang Singapore Idol.

Lagu itu dinyanyikan oleh pemenang Singapore Idol apabila pertandingan nyanyian itu diadakan buat julung-julung kalinya pada 2004.

Album sulung Taufik, Blessings, yang turut memuatkan lagu I Dream, pernah mencipta sejarah apabila ia mencapai status Platinum Berkembar dalam hanya tempoh 20 hari selepas penjualannya melewati 30,000 unit di sini.

Ketika ditanya Berita Harian mengenai tanda tanya terhadap keaslian lagu itu seperti yang ditimbulkan dalam Internet, jurucakap Media Corp, Cik Serene Foo, berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Sony BMG Music sebelum membuat sebarang ulasan.

'Disebabkan pertanyaan yang lewat, tidaklah realistik bagi kami memberi jawapannya hari ini (semalam),' ujarnya.

Sony BMG Music adalah penerbit album Blessings.

Ketika dihubungi semalam, jurucakap Sony BMG Music, Encik Danny Wong, berkata pihaknya akan meneliti dakwaan itu.

Pengurus kepada Taufik, Min, ketika diminta mengulas keaslian lagu itu, berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya pasti berasa kecewa.

Percubaan BH untuk menghubungi Taufik semalam tidak berhasil.

Pengguna Youtube yang memperkenalkan dirinya sebagai 'urbanvigilante' melahirkan rasa kesal dan tertipu.

Seorang konsultan teknologi maklumat, Encik Muhammad Ridzwan Rahmat, 26 tahun, dalam blognya ridzwan.com, pula menulis:

'Adakah mereka fikir warga Singapura bodoh kerana menerima bulat-bulat sesebuah lagu itu sebagai asli?'


 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Samsung dipilih bina terminal cecair gas asli bernilai $1.5b
 
 
Husin Saaban, Alias Kadir bukan pelawak terbabit
 
 
Akhbar khas untuk pelajar dilancar
 
 
Masagos puji usaha 'Berita Harian'
 
 
Jenayah semakin berkurangan, termasuk kes serius
 
 
NSP lantik ketua baru, rancang tanding di GRC Tampines, Jalan Besar dan Jurong
 
 
Lori terbabas masuk longkang
 
 
Duta kesihatan tiga generasi
 
 
Peraduan bagi cungkil bakat hafiz Al-Quran