MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Mei 2009

SINGAPURA

Kursus kedua kenali ekonomi Islam bermula Isnin ini

RAMAI antara kita yang tidak tahu perbezaan antara ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional, apatah lagi falsafah di sebalik kewangan dan perbankan Islam.

Bagi memudahkan orang ramai mendalami falsafah di sebalik konsep itu satu kursus pengenalan bertajuk 'Falsafah Ekonomi Islam' bakal dikendalikan mulai Isnin ini.

Ini adalah kali kedua kursus tersebut dianjurkan.

Kursus intensif selama 8 sesi itu akan memperkenalkan para peserta kepada konsep ekonomi secara konvensional serta konsep ekonomi dalam Islam.

Kursus tersebut akan dikendalikan oleh seorang pelatih, Encik Abdul Halim Abdul Karim, yang memiliki sarjana dalam bidang falsafah dan pengurusan Ilmu daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) yang juga mengajar di madrasah mingguan Pergas dalam pelbagai subjek termasuk Ekonomi Islam.

Menjelaskan lebih lanjut tentang kursus itu, Encik Abdul Halim berkata:

'Berbeza daripada kursus-kursus yang lazim diadakan, kursus ini membentangkan secara lebih terperinci mengenai ciri-ciri iktisad Islam atau ekonomi Islam dan bagaimana prinsip-prinsipnya masih boleh digunakan sebagai panduan bagi umat Islam sejagat khususnya di Singapura.'

Namun, apa yang lebih penting katanya, kursus ini membolehkan umat Islam Singapura mendalami pemahaman tentang krisis kewangan dunia kini.

Bayaran bagi menyertai kursus ialah $330 dan ia akan dibuka kepada hanya 20 peserta. Kursus akan dijalankan di Pergas, Wisma Indah, Changi.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui talian 9459-4857.


 
   
 

SINGAPURA

 
 
Lebih ramai asatizah sudah atau sedang dapatkan PhD
 
 
Banquet turunkan papan tanda akui 'hidang makanan halal'
 
 
ITE dan politeknik naikkan kadar yuran
 
 
Rawatan pemulihan dijangka main peranan lebih besar
 
 
CNB berkas 89 pesalah
 
 
Dua pusat jaja di Bedok dipertingkat
 
 
Beriani percuma di Masjid Malabar sempena maulud
 
 
Pekerja tua tetapi amat berharga
 
 
Dalami sains demi pembangunan diri, bantu Muslim
 
 
Seminar asatizah diadakan hari ini
 
 
Tidak lagi serik dipenjara dan dirotan
 
 
'Langgar tembok' bagi kebaikan bekas penagih
 
 
Penagih zaman sekarang sukar dikesan kerana kemas dan rapi, tidak lagi selekeh
 
 
Pendaftaran ke Madrasah Alsagoff menerusi Internet
 
 
Idea dan produk hiasan dalaman di ekspo pameran
 
 
Pasangan bermasalah diundang sertai kajian IPS
 
 
Diari