MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Mei 2009

SINGAPURA

1,350 flat dipulangkan kerana pinjaman gagal dilunas

Maliki nasihati pemilik yang hadapi masalah pembayaran bertemu HDB

Oleh
Hisham Hasim

SEJUMLAH 1,350 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) terpaksa dipulangkan semula kepada HDB sejak 2005 ekoran kegagalan para pemiliknya melunaskan pinjaman ansuran flat mereka.

Bahkan, kini terdapat sekitar 6,500 keluarga yang menghadapi masalah tunggakan pinjaman bagi tempoh lebih dua hingga empat tahun.

Tahun lalu, para pegawai HDB pula telah mengadakan lebih 60,000 lawatan ke rumah bagi kes tunggakan bayaran dan menjalankan lebih 35,000 sesi temuduga dan kaunseling mengenai masalah tersebut.

Oleh itu, pemilik rumah yang berhadapan dengan masalah pembayaran flat tertunggak dinasihati supaya bertemu dengan pihak HDB dengan segera, demikian gesaan Setiausaha Parlimen (Pembangunan Negara), Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau berkata, mereka yang terjejas tidak harus berlengah mendapatkan bantuan supaya masalah yang dihadapi tidak menjadi semakin buruk.

'Kami maklum dalam kegawatan ekonomi kini mungkin segolongan daripada pemilik flat HDB terjejas dengan bayaran flat mereka.

'Kami faham keadaan mereka dan prihatin kerana situasi ini bergantung dengan sejauh mana kemelesetan ekonomi akan berlarutan,' kata Dr Maliki ketika ditemui Berita Harian di pejabatnya baru-baru ini.

'Jika mereka dapat menghuraikan masalah yang dihadapi, umpamanya dengan mendapat pekerjaan segera, ia dapat diatasi.

'Masalahnya jika kesukaran yang mereka hadapi bersifat jangka panjang, mereka akan menghadapi masalah lebih besar, seperti ekuiti negatif,' kata Dr Maliki.

Ekuiti negatif merupakan keadaan nilai flat pemilik berada lebih rendah daripada pinjaman rumah yang diambil mereka.

Jika pemilik itu menjual flatnya dalam keadaan ekuiti negatif, mereka menghadapi masalah masih berhutang dengan HDB.

Yang menjadi keperihatinan ialah apabila golongan yang terjejas itu terus mendiamkan diri dan enggan berunding dengan HDB mengenai cara melunaskan bayaran pajakan, dan kemudian diberi surat Compulsory Acquisition (CA) - menandakan flat mereka akan ditarik balik.

Berita Harian difahamkan bahawa jika pemilik menerima surat penarikan CA itu, mereka mungkin diberi tempoh hanya sebulan untuk keluar rumah. Pemilik juga perlu membayar pelbagai kos termasuk guaman.

Penilaian harga pasaran bagi flat yang terjejas akan dibuat dan pihak HDB akan memberi pemilik pampasan sebanyak 90 peratus daripada nilai rumahnya.

Untuk mengelak timbulnya kesudahan sedemikian, Dr Maliki berkata beberapa langkah boleh diambil.

Pertama, pemilik boleh mengemukakan rayuan kepada HDB agar mengurangkan bayaran ansuran bulanan flat buat sementara, sekali gus dapat 'menyelamatkan' flat itu daripada dijual atau dirampas.

Kedua, pasangan suami isteri perlu komited mendapatkan pekerjaan sesuai bagi menampung perbelanjaan rumah yang semakin meningkat.

Ketiga, jika mereka perlu menjual flat atau jika ia dirampas, mereka harus bertemu anggota keluarga atau saudara-mara terdekat dan mendapatkan bantuan mereka untuk berteduh di rumah mereka buat sementara sehingga mendapat flat lebih kecil.

'Mesej yang penting di sini ialah anda sebagai pemilik flat harus bijak merancang dan membeli mengikut kemampuan.

'Kita mempunyai seminar-seminar jual beli dan memastikan ejen perumahan kita sekarang bertauliah dan terlatih, lantas memberi nasihat berguna kepada pembeli,' kata Dr Maliki.




 
   
 

SINGAPURA

 
 
Empat orang bakal kemuka pencalonan hari ini?
 
 
Kerja bina Wisma Geylang Serai dan siapkan kemudahan bazar Raya rancak
 
 
Dari atendan kepada pembantu jururawat
 
 
9 daripada 10 lulusan poly tempatan dapat kerja dalam enam bulan
 
 
Industri binaan guna teknologi 3D tingkat produktiviti
 
 
Keadaan berjerebu dijangka kembali lagi
 
 
Pendapatan kurang 50% sejak dikena batas waktu niaga
 
 
NEA tidak lagi terima aduan penduduk
 
 
Lebih 100,000 flat boleh dibina dalam penggal pemerintah kini
 
 
Sistem Gerak Cepat: LTA ada pelbagai pendekatan perundangan
 
 
$7 juta diketepi setiap tahun bagi biayai program dekati warga di luar negara
 
 
Hanya segelintir amah asing hamil
 
 
Gaji atendan sekolah dinaikkan 5%
 
 
Kuat kuasa nafkah: Permohonan berkurang