MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

7 Jan 2009

SINGAPURA

Pelanggan boleh pulangkan kereta jika diberhenti kerja

SYARIKAT pembuat kereta Korea, Hyundai Motor, telah memperkenalkan satu skim inovatif di Amerika Syarikat yang membolehkan pelanggan memulangkan kereta jika mereka kehilangan pekerjaan dalam tempoh setahun setelah membeli kereta itu.

Hyundai Motor America memperkenalkan Hyundai Assurance Program untuk merancakkan penjualan mereka kerana pelanggan amat berhati-hati ketika membeli kereta dalam kegawatan ini.

Bulan lalu, penjualan kereta di Amerika menjunam sebanyak 36 peratus kepada 896,124 - terburuk sejak 1992.

Hyundai, yang merupakan pemain kecil dalam pasaran Amerika dengan perkongsian pasaran sebanyak 3 peratus, amat memerlukan pelanggan bagi merancakkan penjualannya yang telah susut sebanyak 48 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu.

Hyundai berkata ia akan menyerap sehingga AS$7,500 ($11,100) dalam ekuiti negatif (perbezaan nilai kenderaan dengan hutang kereta itu) bagi pembeli yang mengembalikan kereta mereka kepada syarikat itu.

Para pelanggan yang membayar kereta mereka secara tunai tidak layak menyertai program itu.

Walaupun nilai aset kereta akan merosot sebanyak 25 peratus dalam tempoh setahun selepas pembelian kereta, kereta Hyundai yang berharga rendah sehingga sederhana dapat menampung kemerosotan nilai itu.

Bulan lalu, syarikat pembuat kereta yang lain di dunia turut mencatatkan kemerosotan penjualan. Chrysler mengatasi yang lain dengan penjualan yang merosot sebanyak 53 peratus di Amerika dengan disusuli oleh Toyota, Honda, General Motors dan Ford dengan penjualan yang merosot antara 31 dengan 37 peratus.

Sementara itu, Toyota berkata ia akan menghentikan pengeluaran di semua kilang tempatannya selama 11 hari antara Februari dengan Mac sebagai respons terhadap penjualan yang merosot.

Sebelum ini, syarikat pembuat kereta Jepun nombor satu itu sudah pun menghentikan pengeluaran di kilang-kilangnya di Jepun selama tiga hari dalam bulan ini. Toyota dijangka menghadapi kerugian operasi tahunannya yang pertama pada bulan lalu.


 
   
 

SINGAPURA

 
 
Pengetua sekolah disiasat langgani pelacur
 
 
B. Melayu: Pakej asah kemahiran interaksi lisan murid sekolah rendah diperkenal
 
 
SOLAT
 
 
Yuran tuisyen NUS, NTU dan SMU naik tahun ini
 
 
Skim Pengikitrafan Asatizah disemak
 
 
Pentafsir disaran guna kaedah tajdid 'segarkan' pengetahuan Al-Quran
 
 
'Kami mohon izin'