MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

7 Jan 2009

SINGAPURA

StarHub dapat ketua pegawai operasi baru

SYARIKAT telekomunikasi kedua terbesar setempat, StarHub, semalam mengumumkan pelantikan Encik Tan Tong Hai sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi kumpulan itu mulai 15 Januari ini.

Kenyataan syarikat itu berkata Encik Tan mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam perusahaan teknologi maklumat (IT) serantau, Internet dan e-perniagaan.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan tahap tinggi di beberapa syarikat baru setempat dan syarikat berbilang negara (MNC).

Sebelum menyertai StarHub, Encik Tan adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Computer Systems (SCS) sejak Ogos 2005.

Beliau kemudian menjawat jawatan Presiden dan CEO Pacific Internet (PacNet) dan juga pernah menjadi CEO bagi Asia Pacific Creation - syarikat e-perniagaan dan pelaburan bersangkutan Internet.

Mengulas tentang pelantikan Encik Tan, CEO StarHub, Encik Terry Clontz, berkata:

'Dengan rekod pekerjaan, pengalaman dan pengetahuan industri beliau (Encik Tan), saya tahu beliau sangat berkelayakan untuk berkhidmat sebagai COO StarHub.'

Julai lalu, StarHub mengumumkan bahawa presidennya, Encik Mike Reynolds, meninggalkan syarikat itu untuk menyertai sebuah syarikat telekomunikasi asing yang tidak dinamakan.


 
   
 

SINGAPURA

 
 
Pengetua sekolah disiasat langgani pelacur
 
 
B. Melayu: Pakej asah kemahiran interaksi lisan murid sekolah rendah diperkenal
 
 
SOLAT
 
 
Yuran tuisyen NUS, NTU dan SMU naik tahun ini
 
 
Skim Pengikitrafan Asatizah disemak
 
 
Pentafsir disaran guna kaedah tajdid 'segarkan' pengetahuan Al-Quran
 
 
'Kami mohon izin'