HARGA minyak petrol dan diesel diturunkan sebanyak empat sen semalam, kurang dua minggu selepas ia diturunkan.
Syarikat minyak Shell menjadi syarikat pertama yang menurunkan harga minyak pada 12 tengah hari semalam, disusuli Caltex dan SPC sejam kemudian.
Ini merupakan kali ke- 15 harga minyak diturunkan sejak Julai lalu.
Kini harga seliter petrol gred oktana 92, 95 dan 98 ialah $1.563, $1.596 dan $1.670 seliter sebelum diskaun.
Harga diesel pula ialah $1.333 seliter sebelum diskaun.
Harga seliter V-Power ialah $1.799, sementara satu liter Caltex Platinum, $1.796.