MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

10 Sep 2008

SINGAPURA

Sektor elektronik setempat dijangka pulih jika produk baru diperkenal

Oleh
Suryani Omar

KELEMAHAN dalam sektor elektronik di Singapura akan pulih sekiranya keyakinan pengguna, terutama sekali di Amerika Syarikat, pulih dan jika barangan elektronik baru diperkenalkan, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik S. Iswaran.

Ditemui selepas pelancaran pameran elektronik GlobalTRONICS di Pusat Konvensyen Suntec City semalam, Encik Iswaran berkata kelemahan sektor tersebut disebabkan kelemahan ekonomi sejagat dan permintaan lemah daripada Amerika Syarikat.

'Berapa lama kelemahan ini akan berterusan agak payah dipastikan.

'Tetapi produk baru akan memacu sektor ini, dan apa yang harus dilakukan ialah mencari produk baru yang inovatif,' kata Encik Iswaran.

Menyentuh saingan yang dihadapi Singapura, Encik Iswaran berkata negara ini harus menekankan teknologi dan bukan bersaing dari segi kos.

'Dengan timbulnya lokasi perkilangan kos rendah, penyedia khidmat perkilangan elektronik di Singapura juga telah berubah, daripada membekalkan komponen produk kepada kegiatan nilai tambah lebih tinggi seperti reka hias produk, logistik dan pengurusan rangkaian bekalan,' jelas Encik Iswaran.

Beliau memberi contoh Venture Corporation yang mempunyai operasi reka hias di sini dalam sistem mekanikal dan elektronik serta pembangunan sofwe.

Sektor elektronik merupakan antara sektor penting dalam perkilangan.

Tahun lalu, eksport produk elektronik merupakan 45 peratus daripada eksport keseluruhan Singapura.

Sektor tersebut menyumbang $73 bilion kepada ekonomi negara dan menggajikan 90,000 pekerja.

Pameran GlobalTRONICS berlangsung sehingga Jumaat ini dan disertai lebih 500 syarikat dari 28 negara.

Ia dijangka menarik 3,200 pelawat antarabangsa.



 
   
 

SINGAPURA

 
 
Mendiang Dr Toh disemadi
 
 
Kadar jenayah tahun lalu paling rendah dalam 20 tahun
 
 
Satu kehilangan besar kepada masyarakat Melayu/Islam setempat
 
 
IMH bangunkan alat ukur tahap kesihatan mental positif penduduk di sini
 
 
Kes 'penipuan kekasih di Internet' meningkat 195 peratus tahun lalu
 
 
Shanmugam akhiri lawatan empat hari ke Amerika Syarikat
 
 
Ibu kembali ke pangkal jalan demi anak-anak
 
 
HPB anjur forum seksualiti remaja untuk ibu bapa
 
 
S'pura dan AS akur tingkat kerjasama dalam pendidikan
 
 
Anugerah Pendidikan North East diperluas kepada pelajar ITE
 
 
Speaker Riau temui Masagos
 
 
Mengenang jasa besar pemimpin generasi pertama
 
 
'Baru tahu datuk sentuh kehidupan ramai warga Singapura'