MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

19 Ogos 2008

SINGAPURA

Warga tua kini hidup selesa hasil pertumbuhan ekon

GENERASI lebih tua Singapura telah berpeluang mengalami 'kisah Singapura' dan menyaksikan hidup mereka berubah menjadi lebih baik hasil pertumbuhan ekonomi Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Seorang daripada mereka ialah Encik Arumugam Jeyapal, 58 tahun, yang bekerja di Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA). Dengan berbekalkan hanya kelulusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), beliau mula bekerja sebagai pemandu traktor, meraih gaji $250 sebulan.

Namun setelah berusaha keras, beliau kini seorang mentor kepada pengendali kren dan bergaji $3,000 sebulan serta tinggal di flat lima bilik. Tiga anaknya pula cemerlang sebagai peguam, jurulatih bola sepak dan bakal guru.

Encik Arumugam diketengahkan Encik Lee sebagai contoh dalam ucapan bahasa Inggerisnya dalam Rapat Hari Kebangsaan di Pusat Budaya Universiti, Kent Ridge, malam kelmarin, bagi menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Singapura bukan tentang perangkaan atau statistik semata-mata.

'Pertumbuhan bukan mengenai angka abstrak saja, Ia mengenai membaiki kehidupan orang. Ia mengenai kisah Singapura, sebagaimana yang dialami dalam hidup setiap seorang daripada kita,' katanya.

Encik Lee berkata orang kadangkala mengkritik Singapura kerana terlalu menekankan kelakonan ekonomi. Namun pertumbuhan ekonomi kritikal kerana ia memberi Singapura sumber untuk menyelesaikan masalahnya dan mewujudkan peluang bagi semua warga mengecapi impian mereka, ujar beliau.

Peluang merasai kejayaan itu dapat juga dialami warga Singapura pertengahan usia, kata Encik Lee lagi, sambil menceritakan kisah Cik Lim Hui Bin, 45 tahun, seorang pakar wafer fab.

Setelah berhenti kerja pada 1999 untuk membantu anaknya yang kurang cemerlang di sekolah, Cik Lim kembali bekerja sebagai pengendali mesin di Seagate. Beliau bekerja syif malam dan terpaksa bekerja lembur untuk mendapatkan gaji lebih.

Cik Lim berhenti kerja setelah diberitahu beliau boleh meraih gaji lebih tinggi dalam industri wafer fab. Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai kemahiran sesuai.

Cik Lim mendaftar dengan Institut Pengambilan Pekerja dan Pekerjaan (e2i) bagi mendapatkan kemahiran relevan. Kini, beliau mempunyai kerjaya lebih cerah di STMicroelectronics, meraih gaji $1,400 sebulan - hampir sepertiga lebih tinggi daripada gajinya sebelum ini.



 
   
 

SINGAPURA

 
 
Pengetua sekolah disiasat langgani pelacur
 
 
B. Melayu: Pakej asah kemahiran interaksi lisan murid sekolah rendah diperkenal
 
 
SOLAT
 
 
Yuran tuisyen NUS, NTU dan SMU naik tahun ini
 
 
Skim Pengikitrafan Asatizah disemak
 
 
Pentafsir disaran guna kaedah tajdid 'segarkan' pengetahuan Al-Quran
 
 
'Kami mohon izin'