MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

13 Mei 2008

SINGAPURA

Khidmat iPhone tiba di sini mulai tahun ini

SYARIKAT Singapore Telecommunications (SingTel), Bharti Airtel, Globe Telecom dan Optus semalam menandatangani satu perjanjian dengan syarikat Amerika Syarikat, Apple Inc, untuk membawa iPhone ke Singapura tahun ini.

Selain Singapura, India, Filipina dan Australia juga akan mendapatkan khidmat yang sama di bawah perjanjian tersebut.

iPhone adalah telefon bimbit buatan Apple Inc.

Ia antara lain membolehkan penggunaannya membuat panggilan dengan hanya menyentuh nama atau nombor telefon yang terdapat dalam buku alamat telefon tersebut.

Namun, belum ada butir-butir kewangan yang diumumkan dalam perjanjian tersebut.

Bagaimanpun, dalam pasaran tidak rasmi (grey market) di India, iPhone dijual dengan harga antara AS$500 ($685) dengan AS$600, menurut sumber-sumber yang dilaporkan agensi berita Bernama.

SingTel mempunyai sebanyak 30.5 peratus taruhan dalam syarikat telekom Bharti Airtel di India dan 44.5 peratus dalam syarikat Globe di Filipina.

Ia juga memiliki Optus - syarikat operator telekomunikasi di Australia.

Pada akhir tahun lalu, SingTel mempunyai sekitar 2.3 juta pelanggan telefon bimbit di Singapura dan sekitar tujuh juta pengguna di Australia.

Apple Inc pernah mengumumkan bahawa iPhone akan mula ditawarkan di Asia tahun ini.


 
   
 

SINGAPURA

 
 
Pengetua sekolah disiasat langgani pelacur
 
 
B. Melayu: Pakej asah kemahiran interaksi lisan murid sekolah rendah diperkenal
 
 
SOLAT
 
 
Yuran tuisyen NUS, NTU dan SMU naik tahun ini
 
 
Skim Pengikitrafan Asatizah disemak
 
 
Pentafsir disaran guna kaedah tajdid 'segarkan' pengetahuan Al-Quran
 
 
'Kami mohon izin'