MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

16 Okt 2007

SINGAPURA

Meninggal dua hari lepas nahas malam Raya

Oleh
Farid Hamzah

RANCANGAN untuk bernikah awal bulan depan tidak kesampaian bagi Encik Muhammad Rafiq Yahya selepas beliau terkorban akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada malam Aidilfitri.

Encik Muhammad Rafiq bahkan merancang untuk menyambung pengajian ke Syria bersama bakal isterinya selepas diijabkabul, namun malang tidak berbau.

Allahyarham, 25 tahun, meninggal dunia malam kelmarin - dua hari selepas motosikal yang ditunggangnya tergelincir di Choa Chu Kang Drive.

Seorang jurucakap polis berkata, kejadian itu berlaku sekitar 11.35 malam Jumaat lalu.

Allahyarham Muhammad Rafiq mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dengan ambulans tetapi meninggal dunia dua hari kemudian sekitar 9.20 malam.

Allahyarham merancang bernikah pada 3 November ini sebelum menyambung pengajian bersama bakal isterinya.

Beliau juga adalah aktivis belia masjid dan pernah menjadi imam sambilan.

Semasa ditemui di flat keluarganya di Blok 157, Jalan Teck Whye, kakak Allahyarham, Cik Rahida, 26 tahun, berkata adik lelakinya itu pulang ke Singapura dari Universiti Jamiah Abu Nour di Syria, Jun lalu, selepas menamatkan tahun pertama pengajiannya dalam jurusan Syariah.

'Nampaknya, semua rancangan Allahyarham tidak akan tercapai,' katanya dengan rasa pilu.

Tunangnya, Cik Siti Khadijah Ithnin, 23 tahun, yang juga merupakan pelajar di universiti yang sama, berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Khamis lalu semasa waktu berbuka.

'Memang segala rancangan untuk majlis pernikahan kami telah dibuat. Malah, kami sudah juga rancang mengadakan majlis pernikahan kami di Masjid An-Nur,' katanya dengan tenang.

Sejak kembali bercuti, Allahyarham, anak kedua empat beradik, telah bertugas secara sambilan sebagai pegawai pembangunan belia di masjid tersebut.

Allahyarham juga merupakan imam sambilan solat waktu dan tarawih semasa Ramadan lalu.

Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Abdul Rahim Mawasi, berkata:

'Beliau seorang yang begitu bertanggungjawab.

'Malah sebelum kejadian itu, Allahyarham datang ke masjid untuk memastikan segala logistik berjalan dengan sempurna bagi solat Aidilfitri esoknya. Sebelum pulang, beliau juga sempat memberi salam terakhirnya kepada saya.'



 
   
   
 

SINGAPURA

 
 
Samsung dipilih bina terminal cecair gas asli bernilai $1.5b
 
 
Husin Saaban, Alias Kadir bukan pelawak terbabit
 
 
Akhbar khas untuk pelajar dilancar
 
 
Masagos puji usaha 'Berita Harian'
 
 
Jenayah semakin berkurangan, termasuk kes serius
 
 
NSP lantik ketua baru, rancang tanding di GRC Tampines, Jalan Besar dan Jurong
 
 
Lori terbabas masuk longkang
 
 
Duta kesihatan tiga generasi
 
 
Peraduan bagi cungkil bakat hafiz Al-Quran