MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

24 Mac 2007

SANTAI

Amuk 'mengamuk' 1 April ini

BAND rok, Amuk, akan menggegarkan lagi di konsert Amuk 'Live' In Singapore pada 1 April ini.

Selain menjadi 'hit' dengan lagu Jangan Tinggal Daku, band ini kian popular dengan lagu terbaru mereka, Dua Juta, yang menjadi siulan anak muda sekarang.

Konsert yang akan diadakan selama lima jam tanpa henti di GasHaus, Middle Road (berhampiran Bugis Junction), juga memberi peluang band-band tempatan seperti Yakamashii, Rockvival, Osairis dan Edge & Stygian menunjuk taring.

Persembahan band-band ini dijangka menggegarkan ruang konsert sebelum Amuk 'mengamuk' dengan muzik mereka yang progresif tetapi tetap menghiburkan.

Tiket-tiket berharga $15 boleh didapati di Muzika Records (Joo Chiat Complex). - Oleh ZAHARIAN OSMAN.