MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

29 Jun 2005

EKSTRA!

Mencabar pengetahuan am

Oleh
Zulhafiz Zainal
Pelajar Sekolah Pemerintah Tinggi Bukit Panjang

'APABILA saya diberitahu yang saya telah dipilih untuk menyertai perjumpaan ketua pelajar sedunia di Institusi Hwa Chong, saya berasa amat lemah sekali.

Apakan tidak, bulan yang dipanggil cuti sekolah itu bukan lagi cuti sekolah kerana saya ditimbuni banyak kerja rumah.

Tambahan pula, saya terpaksa menyertai perjumpaan ketua pelajar sedunia.

Itulah tanggapan saya terhadap program itu dahulu, tetapi setelah menyertainya tanggapan saya terus berubah.

Saya rasa bahawa ia amat menarik sekali kerana ia dapat mencabar pengetahuan am kita dengan cara yang amat kreatif sekali.

Pada hari pertama, setiba nya saya di Institusi Hwa Chong, saya diberitahu bahawa saya telah dimasukkan ke dalam kumpulan 'Australia'.

Saya berasa amat kerdil sekali pada masa itu kerana ramai daripada teman-teman saya datang daripada sekolah- sekolah ternama Sekolah Bebas Anglo Chinese dan Institusi Hwa Chong.

Bagaimanapun, perasaan kerdil itu pudar apabila saya mula berkawan dengan mereka. Setelah sesi berkenalan berakhir, kami telah dibawa ke Sembawang untuk bermain permainan ala Amazing Race yang bernama X-istence.

Tujuan permainan itu ialah untuk setiap kumpulan mengetahui dan mempelajari lebih lanjut tentang negara masing-masing melalui pelbagai situasi yang diberi.

Bagi kumpulan saya, kami telah dibawa ke Chong Pang, Pusat Membeli-Belah Sembawang, Pusat Permainan Golf Sembawang dan 'air panas' di Sembawang untuk melaksanakan beberapa tugas mengenai keadaan Australia seperti teknologi, sosial dan lain-lain lagi.

Melalui permainan ini, kumpulan kami mendapat tahu bahawa Australia sebenarnya sebuah negara yang tidak suka bermusuhan dan selalu menjadi pendamai dalam arena antarabangsa.

Hari kedua dan ketiga perjumpaan itu merupakan hari-hari yang paling memenatkan sekali kerana itulah hari-hari apabila para peserta membincangkan dua topik politik.

Topik politik yang pertama berdasarkan kewajaran negara-negara besar seperti China dan Russia menerima kuasa 'veto' dan topik politik yang kedua pula berdasarkan kebebasan manusia.

Kedua-dua topik ini bertujuan membuat para pelajar berfikir dengan lebih mendalam keadaan dunia hari ini dan topik-topik ini juga membolehkan mereka memberikan pandangan masing-masing serta membangkang apa yang dikatakan kumpulan lain.

Bagi saya, walaupun saya tidak dapat mewakili kumpulan saya dalam dua perbahasan itu, saya rasa amat seronok melihat aksi teman-teman saya berbahas di atas pentas.

Saya juga berpeluang mempelajari cara-cara berbahas dengan baik.

Pada akhir kedua-dua hari itu, dua laporan mengenai topik-topik politik yang dibincangkan itu telah dicatat.

Sebagai penutup perjumpaan ketua pelajar sedunia itu, sebuah konsert telah diadakan.

Saya berasa amat bangga sekali pada hari itu kerana telah mencapai hasrat saya dan pada masa yang sama juga, saya berasa amat sedih sekali kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan baru saya.

Secara keseluruhan, saya bersyukur kerana dapat menghadiri program perjumpaan ketua pelajar ini.

Program ini telah membuka mata saya kepada keadaan dunia dewasa ini dan ia juga membolehkan saya mencari ilmu secara kreatif serta membuat ramai kawan baru.

 
   
 

EKSTRA!

 
 
Bantu bekas penagih: Kenapa kurang usaha reaktif?
 
 
Ariel Peterpan akan sertai program asimilasi
 
 
Cara Hasilkan Biskut Sempurna
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
Neelofa, Hans Isaac Sedang Bercinta?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan