MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

23 Apr 2005

EKSTRA!

Tinta kembara 100 negara

Oleh
Dewani Abbas

Buku kembara
Tajuk: The Greenland Seal Hunter - Travel Tales From Distant Places
Penulis: Tan Wee Cheng
Penerbit: Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd
Harga: $17.50 (sebelum GST)

SAYA tidak tahu perkataan 'kayak' berasal daripada bahasa orang Inuit, dulunya dipanggil orang Eskimo yang tinggal di Greenland.

Melalui buku Encik Tan Wee Cheng yang telah menjelajah ke negara pulau gergasi di Kutub Utara yang diselaputi salji sepanjang tahun itu, barulah saya tahu.

Sungguh bertuah Encik Tan kerana dapat melihat sendiri bentuk kayak yang digunakan orang Inuit untuk menangkap anjing laut bagi santapan harian.

Lebih bertuah lagi kerana beliau berpeluang tinggal serumah dengan sebuah keluarga Inuit.

Kisah pengembaraan yang dicatatkan Encik Tan, 35 tahun, dalam bukunya, The Greenland Seal Hunter - Travel Tales From Distant Places memang menarik.

Berbeza daripada beberapa buku pengembaraan yang telah saya baca atau singkap, buku Encik Tan disampaikan dengan gaya bercerita lengkap dengan dialognya sekali.

Seronok membacanya kerana ia memuatkan banyak fakta menarik tentang tempat-tempat yang dilawatinya, pengalaman luar biasa (seperti dijejaki polis korup di Moscow) serta persepsinya yang biasanya dibuat daripada sudut ekonomi, memandangkan Encik Tan ialah lulusan perakaunan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Justeru itu, kita akan mengetahui betapa susahnya hidup orang Inuit di Greenland yang berteduh di bawah pemerintah Denmark dan menerima bantuan kebajikan.

Sehingga 80 peratus daripada mereka hidup setakat cukup makan dengan memburu binatang, seperti nenek moyang mereka beribu-ribu tahun lalu.

Pengalaman-pengalaman unik seperti ini mendorong beliau tidak berhenti melancong sejak beliau tamat pengajian di universiti lebih 10 tahun lalu.

Dalam tempoh itu beliau telah meneroka ke lebih 100 negara dan mencatatkan semua pengalamannya dalam bukunya itu.

'Setiap ada kesempatan, saya melancong. Saya gunakan cuti kerja saya, tapi saya ambil yang bersambung dengan cuti umum supaya saya dapat jimatkan cuti. Apabila saya pertama kali melancong ke seluruh Eropah saya melancong dengan beberapa kawan, tapi sesudah itu saya melancong sendiri.

'Tapi saya bukan jenis pelancong backpacker yang boleh tidur sebarangan. Anda boleh kata saya pelancong berdikari yang separuh formal. Saya masih cari keselesaan dari segi penginapan, tapi itu bukan bererti saya pilih hotel lima bintang,' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini sebelum berangkat ke Bali, destinasi pelancongan beliau seterusnya.

Encik Tan, penganalisis dasar kanan di Penguasa Kewangan Singapura (MAS), memberitahu beliau pernah mengambil cuti setahun tiga tahun lalu untuk menjelajah seorang diri ke Amerika Selatan dan kemudian sambung ke Eropah, Russia, Siberia, Mongolia, China, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand - melalui perjalanan darat.

Pengalaman paling tidak dapat dilupainya ialah tatkala dijemput meraikan sama perkahwinan sepasang pengantin Mongolia.

'Bagi saya inilah yang menjadikan sesuatu pengembaraan saya sangat menarik - penduduknya, budaya, adat resam dan warna-warni kehidupan mereka.

'Tapi susah saya nak katakan manakah tempat yang paling menarik yang saya telah lawati kerana semuanya sangat menarik,' kata Encik Tan yang telah membelanjakan kira-kira $40,000 untuk hobinya itu.

Negara-negara idaman yang ingin dikunjunginya selepas ini, katanya, ialah Afrika Timur yang meliputi Tanzania, Kenya dan Uganda, Ogos ini dan pasti ia tidak akan berakhir di situ.

Nampaknya akan muncul sebuah lagi buku kembaranya.

Nota: Buku Encik Tan boleh dibeli di kedai-kedai buku utama di sini.


 
   
 

EKSTRA!

 
 
Bantu bekas penagih: Kenapa kurang usaha reaktif?
 
 
Ariel Peterpan akan sertai program asimilasi
 
 
Cara Hasilkan Biskut Sempurna
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
Neelofa, Hans Isaac Sedang Bercinta?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan