MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

21 Nov 2003

EKSTRA!

Perlembagaan punca perbalahan presiden dan PM Sri Lanka

COLOMBO - Struktur politik Sri Lanka berada dalam kancah yang begitu teruk.

Krisis itu sebenarnya soal biasa cuma ia tercetus pada waktu yang kurang tepat. Presiden Chandrika Kumaratunga dan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe sudah sekian lama bertelagah iaitu sejak 20 bulan lalu apabila perdana menteri itu berkuasa melalui pengundian di Parlimen.

Persengketaan di antara mereka menarik perhatian apabila Cik Kumaratunga mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dan bertindak terhadap Encik Wickremesinghe sewaktu beliau berada di luar negara, demikian menurut pendapat umum.

Lantas di manakah silapnya bagi sebuah negara yang musnah dan hancur bukan sahaja oleh perang, malah berulang kali 'pertempuran' antara pemimpin-pemimpin dua parti utama negara itu?

Kebanyakan penganalisis percaya biarpun kedua-dua pemimpin itu berusaha untuk berkompromi minggu ini apabila mereka bertemu buat kali kedua untuk mencari penyelesaian, perbalahan akan terus berlaku pada masa hadapan.

Dan di sinilah perlembagaan negara yang kurang lengkap dipersalahkan. Umum bersetuju bahawa masalah terletak pada perlembagaan yang sejak diperkenalkan tidak menjangka masalah yang mungkin timbul jika presiden dan parti yang memerintah datang dari parti yang berbeza.

Perlembagaan sekarang dibentuk pada 1978 di bawah sistem Perancis yang memberi kuasa eksekutif kepada presiden dan tidak bertanggungjawab kepada parlimen. Pemimpin Parti Kebangsaan Bersatu (UNP), Encik Junius Jayewardene, menggubal perlembagaan itu apabila partinya menang dan berkuasa pada 1977 yang menyingkirkan parti pemerintah, Parti Bebas Sri Lanka (SLFP) pimpinan Encik Sirimavo Bandaranaike.

Encik Jayewardene memegang jawatan perdana menteri seketika sebelum menjadi Presiden Sri Lanka yang pertama dengan kuasa penuh pada 1978.

Para penggubal ketika itu tidak mempedulikan amaran para pemimpin pembangkang bahawa krisis perkongsian kuasa besar akan berlaku jika presiden dan perdana menteri datang daripada dua parti yang berbeza.

Presiden Jayewardene menyambung untuk penggal kedua sebagai presiden dan kemudian melihat pemimpin sebelumnya, pemimpin UNP, Encik Ranasinghe Premadasa, ketika itu perdana menteri, berjaya dalam pemilihan presiden pada 1988 mengalahkan pencabarnya, calon dari SLFP.

Bagi tempoh 15 tahun, negara itu diperintah oleh presiden dan perdana menteri yang datang dari parti yang sama - UNP - sehingga Encik Premadasa dibunuh pada Mei 1993 oleh pengebom berani mati pengganas Tamil.

Peristiwa ini telah mengubah haluan sejarah dan mencetuskan krisis perlembagaan. Anak perempuan Cik Bandaranaike, Cik Chandrika Kumaratunga, yang melarikan diri ke London dengan dua orang anaknya kerana takut selepas suaminya seorang bintang filem dan ahli politik dibunuh, kembali semula ke negara itu untuk memimpin SLFP dan memenangi pilihan raya parlimen.

Beliau juga dengan mudah memenangi pilihan raya presiden. Dari 1994 kerusi presiden dan parlimen dikuasai SLFP hingga Disember 2001 apabila UNP memenangi pemilihan parlimen. Setahun sebelum itu, Cik Kumaratunga telah memenangi penggal kedua bagi pilihan raya presiden.

Ketika itulah masalah timbul apabila kedua-dua pihak mempunyai kuasa yang akhirnya membawa kepada krisis di Sri Lanka sampai ke hari ini. Presiden dan perdana menteri datang dari parti yang berlainan, masing-masing tidak mahu berkongsi kuasa.

Apabila parti Encik Wickremesinghe menang pilihan raya dua tahun lalu, beliau berjaya memujuk Cik Kumaratunga menyerahkan semua portfolio kabinet, terutama pertahanan dan polis. Ini, bagi perdana menteri sesuatu yang terbaik jika beliau ingin memulakan proses damai.

Cik Kumaratunga, dengan rela hati tidak mengambil sebarang portfolio.

Hari ini, Cik Kumatunga dan Encik Wickremesinghe dijadualkan bertemu buat kali kedua untuk memecahkan kebuntuan yang tertumpu kepada percanggahan mengenai portfolio dan penubuhan kerajaan kebangsaan. Seperti yang dikatakan tadi, punca segala masalah ialah perlembagaan dan pindaan bagi menentukan kuasa presiden dan kuasa eksekutif.

Encik Victor Ivan, bekas gerila Marxist dan kini editor majalah mingguan politik terpengaruh Sinhala, Ravaya, juga berpendapat masalah utama ialah perlembagaan.

Dalam temu ramah dengan TamilNet, laman web pro-Tamil, beliau berkata: 'Masalah utama yang saya lihat ialah presiden tahu bahawa beliau akan berakhir apabila penggalnya tamat pada 2005. Jadi beliau hendak menukar perlembagaan sebelum tempoh itu.

'Perdana Menteri tidak mahu menukar perlembagaan kerana beliau tahu tiada siapa dari FPSL yang akan mencabarnya (pada pilihan raya presiden pada 2005). Beliau mahukan perlembagaan itu. Beliau suka kuasa yang diberikan kepadanya (apabila menjadi presiden).

'Perdana menteri adalah pemimpin yang bijak tetapi beliau tamak kepada perlembagaan ini. Beliau mahu mengekalkannya.'

Encik Ivan berkata perlembagan itu memerlukan rombakan besar.

Di Perancis, yang mempunyai perlembagaan yang sama, perdana menteri memilih kebinetnya. Di sini ia dilakukan dengan kehendak dan kuasa presiden semata-mata. Ini adalah salah.

Perancis mempunyai perlembagaan seperti ini. Tetapi mereka menukarnya pada 1988.

Walau apa pun, kedua-dua pemimpin ini memang degil - Cik Kumaratunga berminat untuk memansuhkan presiden memandangkan beliau tidak layak bertanding bagi penggal ketiga dan Encik Wickremesinghe pula bertukar haluan apabila beliau tahu akan menang tanpa bertanding pada pilihan raya presiden 2005.

Sri Lanka sering disanjung kerana kemantapan ekonominya sejak berlaku konflik 20 tahun lalu. Dalam pada kebanyakan ekonomi hancur berikutan peperangan, namun pertumbuhan ekonomi Sri Lanka meningkat daripada 4 peratus kepada 5 peratus, jatuh pada sesetengah tahun dan pulih semula pada tahun berikutnya, bergerak maju dari setahun ke setahun.

Kini Sri Lanka mengorak langkah ke hadapan dan berusaha memajukan kehidupan rakyatnya dengan pelbagai cara tanpa mengira pergolakan yang melanda negara itu. - Bernama.

 
   
 

EKSTRA!

 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
NEELOFA, HANS ISAAC SEDANG BERCINTA?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
'Mutiara kata' Rasulullah
 
 
Terap pekerti Nabi dalam diri
 
 
Hormat dan terima pandangan wanita adalah sunah nabi
 
 
TEladani RAsulullah Kaya akhlak terpuji
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan
 
 
CARA HASILKAN BISKUT SEMPURNA