MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

21 Nov 2003

EKSTRA!

Nama LeBron James diabadi pada kasut

JERSI nombor 23 yang disarungnya ketika bermain dengan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers laris dijual hanya pada hari pertama beliau dipilih menyertai permainan profesional NBA.

Wajah anak muda ini pula telah dua kali terpampang dalam majalah sukan berprestij, Sports Illustrated, sebelum beliau menunjukkan 'taringnya' di gelanggang profesional.

Kini, nama pemain muda, LeBron James yang baru berusia 18 tahun, bakal diabadikan dalam kasut bola keranjang Nike, edisi terhad Air Zoom Generation.

Lebih istimewa lagi, hanya 500 pasang kasut tersebut dihasilkan untuk pasaran Asia Pasifik, dengan lima darinya dijual dengan harga $209 di Singapura.

Namun, untuk memilikinya, anda tidak perlu rebut-rebut. Ini bukan kes siapa cepat, dia dapat.

Sebaliknya, anda yang berminat membelinya perlu mengirimkan nama dan butir-butir keterangan anda ke pameran Nike Sole Provider: 30 Years of Nike Basketball di The Foundry, 3B River Valley Road, #01-03, Clarke Quay, esok dan lusa.

Satu sesi undian akan diadakan untuk menentukan siapa pemilik bertuahnya.

Pameran itu dibuka dari 2 petang hingga 10 malam.

 
   
 

EKSTRA!

 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
NEELOFA, HANS ISAAC SEDANG BERCINTA?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
'Mutiara kata' Rasulullah
 
 
Terap pekerti Nabi dalam diri
 
 
Hormat dan terima pandangan wanita adalah sunah nabi
 
 
TEladani RAsulullah Kaya akhlak terpuji
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan
 
 
CARA HASILKAN BISKUT SEMPURNA