MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

21 Nov 2003

EKSTRA!

Mana yang sesuai untuk anda?

Oleh
Salma Semono

BARU kira-kira dua minggu lalu, anda membeli beberapa pasu pokok bunga ros, bunga kertas atau bougainvillaea, beberapa jenis pokok keladi dan pokok ati-ati kerana tertarik dengan bunga dan daun-daun yang berwarna-warni.

Hajat anda ialah menyerikan rumah dengan tanam-tanaman itu, menggantikan bunga sutera atau bunga plastik pada Hari Raya ini.

Malangnya, anda dapati pokok-pokok bunga anda semakin layu sedang daun yang berwarna-warni tadi berubah menjadi pucat.

Di manakah anda tinggal?

Inilah soalan pertama yang dikemukakan Encik Haris Amid Jumare, pengurus projek di syarikat Island Landscape & Nursery Pte Ltd, sebuah syarikat yang menjual tanam-tanaman hiasan.

Jika anda tinggal di rumah pangsa atau kondominium, sebaiknya pilih tanaman berdaun hijau saja untuk hiasan di dalam rumah anda.

Antara jenis yang sesuai ialah seperti Peperomia dan money plant.

Tetapi jika ada bahagian-bahagian di rumah anda yang boleh mendapat sinaran matahari dan embun walaupun sedikit, maka bolehlah anda memelihara tanaman yang daunnya berwarna merah atau kekuningan sedikit seperti pokok puding, beberapa jenis pokok keladi, pokok buluh dan pokok ati-ati.

Sekiranya sinaran mataharinya agak kuat, maka tanaman berbunga seperti pokok mawar, melur, keembong dan bouganvilla, anthurium dan singgoneum akan tumbuh subur.

Untuk memiliki tanaman yang subur juga, anda perlu rajin dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang tanam-tanaman.

Encik Haris, yang memiliki diploma dalam bidang tanaman hiasan hasil mengikuti kursus sambilan selama tiga tahun anjuran Sekolah Ornamental Horticulture semasa bekerja dengan Jabatan Taman dan Riadah (kini NParks), kini lebih banyak mempromosikan penanaman secara hydro-culture.

Ia adalah satu kaedah menanam menggunakan tanah liat yang dibakar hingga kembang dan membentuk butir-butiran seperti guli. Butir-butir ini menggantikan tanah.

'Menanam cara hydro-culture ini amat sesuai untuk pokok-pokok hiasan di dalam rumah kerana tanaman jenis ini tidak besar.

'Satu lagi kelebihan menanam secara hydro-culture ini ialah kebersihan. Sebab tanpa tanah, kita boleh mengelakkan hidupan-hidupan seperti cacing, semut serta nyamuk daripada bersembunyi dan membiak di dalam pasu tanaman kita.

'Bagi anda yang suka bercuti ke luar negeri, hydro-culture tentunya merupakan pilihan terbaik kerana dengan menggunakan kaedah ini, tanaman anda boleh dibiarkan tanpa disiram hingga dua tiga minggu,' jelas Encik Haris.

Ada banyak tanaman yang boleh ditanam melalui kaedah hydro-culture ini, katanya.

Pokok-pokok herba yang selalu digunakan dalam masakan seperti pokok kesum, pudina, daun sup dan daun bawang hingga kepada pandan, semuanya boleh ditanam dengan menggunakan kaedah ini.

Jika anda suka pokok anggerik, hydro-culture amat sesuai untuknya.

'Anggerik tidak perlukan tanah. Ia mempunyai akar udara atau aerial root. Jadi, apa yang diperlukannya hanya tempat untuk membolehkan akarnya mencengkam. Oleh itu, ramai orang menggunakan kayu arang saja apabila menanam anggerik,' jelas Encik Haris lagi.

Sekiranya anda ingin menghias rumah anda dengan tanaman hiasan, nasihat Encik Haris yang syarikatnya terletak di Plot 13, Joan Road/Thomson Road ialah:

'Belilah tanaman hiasan anda dari pusat tanaman di mana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan banyak pilihan.'


 
   
 

EKSTRA!

 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
NEELOFA, HANS ISAAC SEDANG BERCINTA?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
'Mutiara kata' Rasulullah
 
 
Terap pekerti Nabi dalam diri
 
 
Hormat dan terima pandangan wanita adalah sunah nabi
 
 
TEladani RAsulullah Kaya akhlak terpuji
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan
 
 
CARA HASILKAN BISKUT SEMPURNA