MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

31 Jul 2010

EKSTRA!

Lagu Rayhul dan Rifa'ah dicuri?

Oleh
Norhaizad Adam

BAYANGKAN penat lelah yang dilalui, dibalas dengan berita mengejut.

Setelah tidak aktif bersama 2D, Rifa'ah Ridzuwanul Hakim dan Rayhul Firdaus telah menubuhkan band Project R4S dengan beberapa teman lain.

Kerana ingin cari mutu bunyian berbeza, mereka disarankan kepada sebuah studio rakaman di Kuala Lumpur.

Kerja rakaman dan usaha berdikari mencari haluan muzik walaupun payah tetapi tetap bermakna kerana muzik mereka diberi perhatian.

Apakan tidak, tanpa diduga lagu Anak Kecil gubahan dan seni kata Rifa'ah serta Kataku karya Rayhul telah dicuri dan dijual ke pihak lain.

'Setelah enam tahun lagu itu dirakam, tak sangka yang membantu kami sebenarnya yang menjual karya tanpa pengetahuan kami,' ujar Rayhul kepada penulis.

Ini dilakukan oleh jurutera bunyi studio tersebut tempat lagu-lagu tersebut dirakamkan.

'Mujur ada kenalan kami yang telah menghidu perbuatan itu dan memberitahu kami,' tambah Rifa'ah pula.

Walaupun agak terkejut dan hairan dengan perbuatan itu, Rifa'ah dan Rayhul tidak cepat menuding jari.

Mereka berkesempatan bertemu dengan pembeli lagu mereka dan menerangkan perkara sebenar dan mendengarkan semula rakaman lagu asal mereka.

Tiada perubahan pada susunan lagu Anak Kecil tetapi Kataku telah dirombak susunannya.

'Kami lega kerana kredit pada lagu tersebut sudah diberikan haknya kepada kami semula,' luah Rifa'ah lagi.

Ini setelah mereka merujukkan perkara tersebut dan mendapat bantuan daripada pihak Persatuan Penggubah dan Penulis Singapura (Compass) yang memberi perlindungan hakcipta kepada setiap karya para ahlinya.


 
   
 

EKSTRA!

 
 
Bantu bekas penagih: Kenapa kurang usaha reaktif?
 
 
Ariel Peterpan akan sertai program asimilasi
 
 
Cara Hasilkan Biskut Sempurna
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
Neelofa, Hans Isaac Sedang Bercinta?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan