MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

25 Nov 2009

EKSTRA!

Madonna kumpul dana $15 juta

BINTANG Hollywood, Madonna, berjaya mengumpul dana sebanyak AS$11 juta ($15.2 juta) bagi Yayasan Membangunkan Malawi hasil sumbangan jutawan-jutawan Brazil.

Bintang pop yang melawat Brazil untuk 'menjual' idea yayasan amalnya itu kepada golongan kaya negara tersebut dikatakan menerima jumlah derma terbesar daripada lelaki terkaya Brazil, Ike Batista.

Harta Batista dianggarkan bernilai AS$7.5 bilion.

Madonna, 51 tahun, ditemani dalam lawatan mengumpul dermanya itu oleh model Brazil, Jesus de Luz, yang dikatakan menjadi 'toy boy' atau lelaki simpanan penyanyi tersebut.

Yayasan yang dipelopori Madonna pada 2006 itu menyediakan bantuan kewangan bagi projek-projek kemanusiaan di Malawi, sebuah negara di Selatan Afrika.

Madonna juga sebelum ini mengambil dua anak angkat dari negara itu.


 
   
 

EKSTRA!

 
 
Tempat lahir Shakespeare
 
 
Lebih Elegan
 
 
Belaian Kasih
 
 
Miftahul Jannah
 
 
Sekuntum dedikasi
 
 
Masih Ada Yang Sayang
 
 
Imran tak lupa peminat tanah air
 
 
20 cara agar suami lekat di rumah