MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

6 Jan 2009

EKSTRA!

MUZIK
Madonna, Celine Dion paling popular

USIA yang menghampiri waktu senja nampaknya bukanlah penghalang untuk seseorang artis menarik perhatian peminat membeli tiket konsert.

Madonna, 50 tahun, dan Celine Dion, 40 tahun, ialah dua artis paling berjaya berdasarkan jumlah tiket konsert mereka yang terjual tahun lalu.

Masing-masing berjaya menjual tiket bernilai lebih AS$200 juta ($290 juta) di konsert serata dunia, menurut sebuah majalah hiburan Pollstar.

Mereka juga menduduki dua tempat pertama di Amerika Selatan di mana mereka menjual lebih 40 peratus daripada penjualan keseluruhan tiket mereka.

Mengikut kiraan para penganalisis maklumat, Madonna mengaup penjualan tiket sebanyak AS$282 juta dari 17 negara melalui penjelajahan konsert Sticky & Sweet yang baru sahaja berakhir di Brazil minggu lalu.

Celine Dion pula meraih AS$237 juta hasil usahanya membuat persembahan di 24 negara.

Ini adalah kali pertama Celine merantau ke pentas antarabangsa dalam masa lapan tahun.

Namun artis yang popular dengan balada hit My Heart Will Go On daripada filem Titanic bukan hanya berdiam diri sebelum itu.

Sebaliknya, Celine mungkin adalah artis wanita yang paling rajin dan berjaya kerana telah menduduki senarai 10 artis paling untung Pollstar semenjak 2003.

Pada tahun yang sama, Celine memulai kontrak untuk membuat 700 persembahan di Caesars Palace di Las Vegas dalam 2003, dan kini dianggarkan telah mendapat bayaran lebih $385 juta selepas kontraknya berakhir Disember lalu.

Melengkapkan senarai lima artis paling berjaya tahun lalu itu pula ialah Bon Jovi (AS$176 juta), Bruce Springsteen & the E Street Band (AS$166 juta) dan Police ($121 juta).

Menurut Pollstar, walaupun jumlah penonton di konsert dijangkakan menurun, bilangan penonton yang sanggup membayar harga tiket lebih tinggi semakin bertambah, berdasarkan data yang dikumpulkan dalam 2008.

'Kami sebenarnya mempunyai sambutan yang lebih baik daripada yang dijangka, memandangkan keadaan ekonomi yang meleset akhir tahun lalu,' ujar editor Pollstar, Gary Bongiovanni.

Tambahnya, konsert yang diadakan pada awal tahun tidak terjejas akibat krisis ekonomi dan artis kategori satu dikatakan kalis kemelesetan.

Tiket untuk konsert 'kembali lagi' Britney Spears yang akan bermula Mac tahun ini sedang dijual bagai pisang goreng panas dan konsert oleh U2 dan Springsteen dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan.


 
   
 

EKSTRA!

 
 
Bantu bekas penagih: Kenapa kurang usaha reaktif?
 
 
Ariel Peterpan akan sertai program asimilasi
 
 
Cara Hasilkan Biskut Sempurna
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
Neelofa, Hans Isaac Sedang Bercinta?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan