MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

5 Jan 2009

EKSTRA!

DENGAR-DENGAR
Berlakon percuma demi Aamir

JASA bapa saudaranya tetap dikenang sampai ke akhir hayat.

Kerana Aamir Khan berusaha menempatkan nama Imran Khan di persada Bollywood untuk filem pertamanya, Jaane Tu Ya Jaane Na, maka Imran Khan ingin membalas bakti Aamir semula.

Justeru, Imran akan berlakon secara percuma untuk filem terbitan Aamir selanjutnya, Delhi Belly. Dalam filem itu, Imran memainkan peranan utama.

'Ini (berlakon secara percuma) adalah tanda terima kasih saya kepada Uncle Aamir yang berusaha di luar bidang kerjanya untuk mempromosikan filem pertama saya dan memastikan ia diterima penonton.

'Tiada penerbit yang akan melakukan apa yang Uncle buat untuk saya. Lantaran itu, saya bukan sahaja ingin berlakon tanpa bayaran tetapi saya juga tidak mahu dilayan sebagai bintang.

'Saya akan naik penerbangan kelas ekonomi saja dengan kru filem dan tidak mengharapkan sebarang layanan istimewa,' jelas Imran.

Delhi Belly boleh disifatkan sebagai usaha Imran pulang ke pangkuan pak ciknya selepas berlakon untuk penerbit lain dalam Kidnap dan Luck.



 
   
 

EKSTRA!

 
 
Tempat lahir Shakespeare
 
 
Lebih Elegan
 
 
Belaian Kasih
 
 
Miftahul Jannah
 
 
Sekuntum dedikasi
 
 
Masih Ada Yang Sayang
 
 
Imran tak lupa peminat tanah air
 
 
20 cara agar suami lekat di rumah