MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

26 Ogo 2008

EKSTRA!

INTERVIU
WICKED LEBIH KUAT

Album sulung Wicked Aura Batucada penuh tenaga

Oleh
Khairul Bahriah Mahfud

Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.

Begitulah persembahan kumpulan genderang tempatan Wicked Aura Batucada - pantas dan penuh tenaga dari segi visual dan bunyi.

Lantas, tepat sekali judul album sulung mereka: Louder than Light, atau Lebih Lantang daripada Cahaya.

Sambutan hangat di pelancaran album mereka hujung minggu lalu jelas menunjukkan kedudukan mereka sebagai kumpulan pelakuran muzik batucada terunggul yang disanjungi ramai masih kekal.

Batucada adalah muzik rentak gabungan samba Brazil dan Afrika yang pantas dan berulang-ulang

Kena sekali kekata yang terpapar pada kemeja Hanafi, salah seorang daripada 12 pemuzik Wicked: Awas: Kebakaran.

Dinanti-nanti peminat sejak Wicked ditubuh lima tahun lalu, album ini padat dengan pelakuran muzik ritma irama dari serata dunia - ilham selama mereka beraksi di pentas antarabangsa.

Ini dihasilkan daripada naneka alat genderang, seperti alat djembe Afrika, surdo Brazil dan kompang serta rebana.

'Setiap anggota membawa juga flavour mereka tersendiri. Contohnya, Hardy dan Rizal dengan gemar rok, Budi cenderung pada funk dan saya pula berpengalaman dalam seni Melayu,' ujar Wan Afro, yang pernah bergiat dengan kumpulan tarian Sriwana.

Kepelbagaian pengaruh anggotanya bermakna Wicked bukan hanya kumpulan gabungan pelbagai peralatan muzik genderang. Muzik mereka turut memuatkan bunyi peralatan muzik bukan genderang, seperti yang dicerminkan oleh lagu Fight, yang popular di kalangan peminat.

Malah, Flight adalah lagu kegemaran kebanyakan anggota Wicked sendiri kerana gabungan gitar roknya mempersembah satu unsur unik.

'Ia lagu yang paling menggambarkan suasana bertenaga persembahan 'live' kami,' kata Budi, yang menyumbang suara bagi lagu-lagu Wicked.

Album ini disokong juga oleh suara latar Vanessa Fernandez daripada kumpulan Parking Lot Pimp dan beberapa pasangan hidup anggota Wicked, termasuk isteri Hardy dan Salleh.

Sentuhan kekeluargaan ini mungkin sesuatu yang harus memandangkan mereka perlu mengimbangi jadual persembahan ketat dengan tanggungjawab pada keluarga. Hardy baru menimang puteri dan Salleh bakal bergelar bapa menjelang Syawal ini.

Walaupun mempunyai jadual harian ketat, Wicked berazam untuk mengasah bakat pemuzik remaja dengan mengadakan bengkel dram awal bulan depan.

Lebih penting lagi, kata Eddy, ialah usaha untuk mencapai matlamat mereka mahu mengibar bendera Singapura di persama dunia.

'Misi utama kami bertugas sebagai pemuzik ialah menyedarkan orang di luar Singapura bahawa negara ini tidak terletak di China,' seloroh Eddy dengan senyuman.




 
   
   
 

EKSTRA!

 
 
Meriah, nyaman di bazar Chinatown
 
 
Tiga jenis makanan popular
 
 
Tertarik dan gemar kuih Melayu
 
 
Oh! Oh! Balik kampung...
 
 
Teringin nak anak? Ayuh ke Tasik Dayang Bunting
 
 
Kembali langsing
 
 
Dua penggusti ditahan sebab mabuk
 
 
Mahu jadi bos pasukan kriket