MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

1 Jul 2008

EKSTRA!

TAHUKAH ANDA?
Teknik kamera digital rakam foto

KITA selalu menggunakannya, namun tahukah adik-adik bagaimana kamera digital merakamkan gambar?

Pada dasarnya, gambar dirakamkan oleh sesebuah kamera filem dengan menggunakan beberapa lensa yang menumpukan cahaya ke atas permukaan filem.

Proses ini ditiru untuk merakam gambar di kamera digital.

Bezanya, cahaya ditumpukan ke atas sekeping penderia (sensor) imej yang dimuatkan di dalam kamera itu.

Terdapat dua jenis penderia imej yang selalu digunakan dalam kamera digital masa kini - charge coupled device (CCD) dan complementary metal oxide semiconductor.

Kedua-dua penderia imej ini mempunyai fungsi yang sama - untuk menukar cahaya yang diserap menggunakan sel cahaya untuk menjadi kuasa elektrik.

Kuasa elektrik yang dihasilkan ini kemudian 'diukur' dan digantikan dengan rangkaian nombor binari - nombor 1 dan 0.

Seterusnya, ketajaman gambar yang anda rakam bergantung kepada jumlah sel cahaya atau piksel yang terkandung dalam penderia ini.

Penderia yang mengandungi lebih banyak piksel akan menghasilkan gambar yang lebih tajam.

Ia juga lebih mahal untuk dihasilkan.

Sebab itulah, kamera digital yang dijual di pasaran mempunyai harga yang berbeza-beza.

Antara lain, harga kamera digital bergantung kepada kemampuannya untuk menghasilkan gambar yang tajam dan paling mirip dengan imej yang kita lihat dengan mata kasar.


Tahukah Anda?

Di Amerika Syarikat, permainan papan Scrabble dipunyai oleh satu daripada tiga buah keluarga.


Tahukah Anda?

Permainan Scrabble dijual dalam 29 bahasa berbeza di 121 negara.

Sekitar 100 juta set Scrabble telah terjual serata dunia.


TIP IT

Pelungsur Internet (Internet browser) seperti Firefox memberikan anda banyak nilai tambahan seperti pengadang spam, kemudahan melungsur menggunakan tab dan lain-lain lagi.

 
   
 

EKSTRA!

 
 
Bantu bekas penagih: Kenapa kurang usaha reaktif?
 
 
Ariel Peterpan akan sertai program asimilasi
 
 
Cara Hasilkan Biskut Sempurna
 
 
Debu pilih muzik wadah berdakwah
 
 
Beraninya..! dah lama hidup ke?
 
 
Gerd boleh disangka serangan jantung dek gejala serupa
 
 
Intan Baiduri
 
 
Manisan istimewa
 
 
Puteri Diana 'hidup' kembali
 
 
Neelofa, Hans Isaac Sedang Bercinta?
 
 
Artis Barat kemaruk, gilakan 'Girls Generation'
 
 
Konsert pertama Debu 24 Mac
 
 
Beli satu dapat satu percuma
 
 
Resipi juadah pagi
 
 
Perjuangan hidup bawa keinsafan, dorong kejayaan