MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

4 Apr 2008

EKSTRA!

AKAN DATANG
'Congkak' berhantu lebih dahsyat

Oleh
Nur Sifa Hussin

ADAKAH Congkak lebih dahsyat daripada Jangan Pandang Belakang?

Jawapan saya: Kalau anda rasa Jangan Pandang Belakang menggerunkan, Congkak lebih lagi membuat bulu roma saya berdiri. Nak pengsan pun ada!

Baru-baru ini, saya telah menghadiri tayangan perdana Congkak di Kuala Lumpur. Filem arahan Ahmad Idham dan terbitan, David Teo, ini akan ditayangkan di Singapura tidak lama lagi.

Filem ini dibintangi pelakon handalan seperti Nanu Baharudin, Rizman Khuzaimi, Erynne Erynna, Ruminah Sidek dan M. Rajoli.

Pierre Andre adalah penulis skrip filem seram yang dikatakan tidak sesuai ditonton kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, ibu-ibu hamil dan pesakit jantung.

Ia mengisahkan tentang permainan tradisional Melayu yang dipercayai mempunyai penunggu. Jalan cerita ini bermula dengan keluarga yang pergi bercuti ke rumah percutian mereka di sebuah kampung yang terpencil.

Keluarga ini terdiri daripada Kazman, Sufiah dan dua orang anak perempuan mereka iaitu Lisa dan Elly.

Mulanya, si isteri enggan ke rumah percutian itu tetapi si suami terlalu ingin menjauhkan diri dari kota. Si isteri memang dari mula lagi telah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keadaan di rumah tersebut.

Beberapa mimpi aneh dialami. Biasanya, ia berkenaan anaknya yang dibawa lari dari rumah itu.

Mulanya, si isteri cuba menepis segala fikiran yang bukan-bukan tetapi setelah diganggu oleh bunyi-bunyi aneh seperti seseorang sedang bermain dengan congkak, dia semakin yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena di rumah tersebut.

Suatu pagi, semasa hendak sarapan pagi, anak bongsunya, Lisa, yang disuruh mandi hilang dan tidak menyahut panggilannya.

Apabila ditemui, dia mendapati bahawa ada papan congkak di tangan anaknya.

Mulanya, si suami agak gembira kerana dia dapat memperkenalkan congkak kepada anak-anaknya yang sejak kecil menetap di bandar.

Dia telah membawa anaknya ke hutan untuk mencari biji getah untuk dijadikan pengganti guli.

Setibanya di rumah, Lisa dan bapanya khusyuk bermain congkak hinggakan si ibu yang pulang dari kedai pun tidak disedari kehadirannya.

Penghujung filem ini agak kompleks dan membuatkan penonton tertanya-tanya: 'Ada filem susulan Congkak 2 ke?'



 
   
 

EKSTRA!

 
 
Tempat lahir Shakespeare
 
 
Lebih Elegan
 
 
Belaian Kasih
 
 
Miftahul Jannah
 
 
Sekuntum dedikasi
 
 
Masih Ada Yang Sayang
 
 
Imran tak lupa peminat tanah air
 
 
20 cara agar suami lekat di rumah