MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
ALEX OXLADE-CHAMBERLAIN: Wenger berkata, penukaran pemain ini dalam perlawanan dengan Machester United adalah sebahagian usahanya untuk menang perlawanan itu. - Foto REUTERS
Mudah cetak
E-mel

29 Jan 2012

SUKAN

Wenger tidak peduli

LONDON: Arsene Wenger menegaskan kekecewaan yang kian memuncak mengenai kegagalannya menamatkan penantian Arsenal selama tujuh tahun untuk memenangi trofi tidak akan menjejas tumpuannya untuk mencari jalan membawa Arsenal kembali ke landasan yang betul.

Arsenal menjadi tuan rumah kepada Aston Villa hari ini dalam pertemuan Piala FA.

Hujung minggu lalu, pengurus itu menjadi mangsa ejekan penyokong Arsenal apabila beliau menggantikan Alex Oxlade-Champerlain dengan Andrey Arshavin dalam perlawanan Liga Perdana menentang Manchester United.

Penyokong yang marah dengan tindakan itu, melaung-laungkan 'Anda tidak tahu apa yang anda lakukan.' yang ditujukan kepada Wenger.

Pada masa yang sama, kapten Arsenal, Robin van Persie, kelihatan menjerit 'Jangan!' ke arah pengurusnya itu.

Memburukkan lagi keadaan apabila laungan tersebut menjadi lebih kuat apabila Arshavin gagal melakukan tugasnya dengan baik dan membiarkan United menjaringkan gol kemenangan.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut bagi Arsenal.

Dengan Arsenal kini di tangga kelima, empat mata di belakang Chelsea dalam perlumbaan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan, Wenger mungkin berasa bimbang jika menjadi mangsa ejekan lagi sekiranya Arsenal kalah kepada Villa pula dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA.

Tetapi, Wenger yakin beliau mampu mengubah nasib pasukannya, tidak kira apa sahaja pandangan penyokong mereka sendiri.

'Saya boleh hidup dengan itu,' kata Wenger apabila ditanya mengenai ejekan yang diterimanya itu. 'Saya tidak memikirkan reaksi peminat, saya memikirkan bagaimana kami boleh menang.' - AFP.



 
   
 

SUKAN

 
 
Permainan Belanda kini lebih menarik
 
 
Loew perlu bukti keupayaan menangi mahkota
 
 
Pengurus United mahu terus beri perhatian pada bakat muda
 
 
City minta maaf kepada Ferguson
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Evra yakin Ferguson mampu mantapkan United
 
 
Sekilas
 
 
Jumaat terkenang saat cemas sakit secara tiba-tiba di padang
 
 
Bekas jurulatih Kelantan dilantik ketua jurulatih Terengganu
 
 
Apa sudah jadi SingaXII?