MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
IZWAN MAHBUD: Mendapat pujian daripada jurulatih kerana tahap fokusnya tinggi. - Foto fail
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SUKAN

LIGA SUPER MALAYSIA
Sumbangan Izwan kepada SingaXII besar

Oleh
Safhras Khan

BELIAU melakukan tugasnya tanpa banyak soal dan sering dilupakan para penyokong SingaXII.

Ini kerana, sebagai penjaga gawang, Izwan Mahbud tidak menyumbang gol atau mengukir peluang bagi rakan sepasukannya.

Namun, jika dilihat kepada statistik, sumbangan penjaga gawang nombor satu SingaXII itu sehingga kini begitu menyerlah.

Beliau telah memastikan gawangnya tidak dibolosi dalam dua perlawanan - menentang Kedah dan Sabah.

Kededua perlawanan tersebut berlangsung di padang lawan dan itu membuktikan Izwan kekal fokus walaupun dalam keadaan tertekan.

Bahkan, beliau bekerja keras dalam perlawanan menentang Sabah dan pada minit-minit akhir perlawanan, menyelamatkan banyak percubaan lawan bagi memastikan SingaXII pulang dengan mata penuh.

'Setiap perlawanan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri saya. Saya mengakui tekanan itu tetap ada tetapi saya tidak mengendahkannya dan hanya mahu memberikan yang terbaik bagi pasukan ini,' kata Izwan ketika ditemui semasa sesi latihan SingaXII kelmarin.

Ditanya mengenai pengalamannya bermain di Stadium Likas, Sabah, hujung minggu lalu, sambil tersenyum Izwan berkata beliau terkejut apabila mercun dicampak ke arah padang.

Kejadian itu tercetus pada separuh masa pertama.

'Saya terperanjat kerana mercun itu dicampak ke arah belakang gawang saya. Cuba awak bayangkan tiba-tiba ada letupan,' katanya.

Bagi melupakan tekanan bermain di padang lawan, Izwan sering memekik ke arah bentengnya. Itu, menurut Izwan, banyak membantunya kekal fokus.

'Bagi saya, di padang, semuanya sama. Kami ada 11 orang, mereka juga ada 11 orang. Yang penting, fokus dan pastikan kami bermain mengikut arahan jurulatih,' katanya.

Persembahan Izwan dipuji jurulatih SingaXII, V. Sundramoorthy.

Bahkan Izwan, menurut Sundram, sedang menunjukkan persembahan yang mantap.

'Izwan melakukan tugasnya dengan baik dan semakin mantap sebagai penjaga gawang,' kata Sundram.

Persembahan Izwan juga mendapat pujian daripada jurulatih penjaga gawang SingaXII, Lee Bee Seng.

'Beliau mengikuti arahan. Sebagai contoh, semasa menentang Sabah, Izwan kekal fokus dan, secara taktikal, beliau hebat,' kata Lee.



 
   
 

SUKAN

 
 
Real seri dengan CSKA dalam perlawanan hambar
 
 
Tevez minta maaf kepada City
 
 
Peragakan barang kemas sebelum bertanding
 
 
Tseng terkilan masih belum dapat jadi juara di Singapura
 
 
Nani bakal diberi kontrak baru dengan gaji menarik
 
 
Pendapatan Man U meningkat hampir 8%
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual Sukan
 
 
Abramovich punca di balik kelembapan Chelsea