MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SUKAN

LIGA SUPER MALAYSIA
Selangor tidak mampu tercicir mata

KUALA LUMPUR: Selangor tidak lagi boleh terus tercicir mata seandainya mahu mengejar pasukan teratas dan mencabar kejuaraan Liga Super Malaysia musim ini.

Keadaan itu menyebabkan skuad kendalian jurulatih Irfan Bakti Abu Salim tidak mempunyai pilihan selain daripada meraih tiga mata apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, menentang T-Team, malam ini.

'Kami perlu segera bangkit dan meraih kemenangan agar tidak terus tercicir mata dan ditinggalkan pasukan lain,' kata pemain pertahanan tengah Merah Kuning, Mohd Asraruddin Putra Omar, yang turut mengakui lawan bukanlah semudah yang disangka, terutama selepas kelab dari Terengganu itu menang dalam empat pertemuan musim lalu.

Selangor kehilangan lima mata dalam dua perlawanan terakhir apabila tewas mengejut 0-1 kepada Felda United diikuti terikat tanpa jaringan dengan Sarawak, sekali gus menyebabkan mereka berada di pertengahan Liga Super dengan mengumpul lima mata selepas empat kali beraksi.

Mengenai posisinya itu, Mohd Asraruddin berkata beliau semakin selesa membentuk gandingan yang ampuh bersama pemain import dari Lebanon, Ramez Dayoub.

'Banyak yang saya belajar apabila beraksi bersama beliau.

'Walaupun begitu, saya tidak boleh terlalu selesa kerana kami baru beraksi empat perlawanan musim ini dan masih ada ruang kelemahan yang boleh dibaiki,' kata pemain berusia 24 tahun itu.

Musim ini, Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya satu kejuaraan selepas gagal menjulang sebarang piala musim lalu. -- Harian Metro.



 
   
 

SUKAN

 
 
Real seri dengan CSKA dalam perlawanan hambar
 
 
Tevez minta maaf kepada City
 
 
Peragakan barang kemas sebelum bertanding
 
 
Tseng terkilan masih belum dapat jadi juara di Singapura
 
 
Nani bakal diberi kontrak baru dengan gaji menarik
 
 
Pendapatan Man U meningkat hampir 8%
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual Sukan
 
 
Abramovich punca di balik kelembapan Chelsea