MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SUKAN

LIGA SUPER MALAYSIA
Buang saja kalau prestasi lembap

FAM mahu pemain import menyerlah

KUALA LUMPUR: Seperti 'sudah muak' dengan gelagat sesetengah pemain import, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara terus terang meminta persatuan negeri atau kelab mengambil tindakan berani memecat mereka andai dilihat sumbangan kelompok ini merugikan majikan.

'Daripada kita rugi masa dan duit hasil pelaburan membeli pemain import, lebih baik kita tolong pemain kita beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia, sekali gus meningkatkan kualiti permainan.

'Jangan sampai setahun baru kita nak tukar pemain import (tidak berkualiti) hingga memberi kesan ke atas pasukan,' kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan, kelmarin.

Beliau menambah tindakan itu wajar kerana kehadiran pemain import bertujuan meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara.

Namun, katanya, jika prestasi hambar dan permainan tidak berkualiti dipersembahkan mereka, ia bukan sahaja merugikan pengurusan FA dan kelab, malah tidak memberi kebaikan kepada pemain tempatan.

Abdullah berkata pengurusan FA dan kelab yang ingin mengambil pemain import mempunyai kuasa menyenarai dan memecat jika kehadiran mereka tidak membantu meningkatkan kualiti bola sepak negara.

Beliau berkata dari segi FAM, pihaknya mahu pemain import yang beraksi di negara ini berkualiti dan berdisiplin tinggi membantu memajukan sukan bola sepak.

'Jika pemain import berkenaan tidak berkualiti, kita jangan terus mengharap mereka akan berubah dan mengikut corak permainan. Lebih baik kontrak mereka ditamatkan.

'Dalam hal ini, saya berharap pengurusan FA dan kelab meletakkan syarat tertentu seperti memberi tempoh, dan jika gagal, kontrak ditamatkan,' katanya. -- Berita Harian Malaysia.



 
   
 

SUKAN

 
 
Real seri dengan CSKA dalam perlawanan hambar
 
 
Tevez minta maaf kepada City
 
 
Peragakan barang kemas sebelum bertanding
 
 
Tseng terkilan masih belum dapat jadi juara di Singapura
 
 
Nani bakal diberi kontrak baru dengan gaji menarik
 
 
Pendapatan Man U meningkat hampir 8%
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual Sukan
 
 
Abramovich punca di balik kelembapan Chelsea