MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SUKAN

LIGA SUPER MALAYSIA
Isu Apek gagal lapor diri terbit dari salah faham

KUALA LUMPUR: Isu kegagalan penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, melaporkan diri bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik disifatkan lebih kepada salah faham dan dianggap selesai selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya sudah memberikan pelepasan kepada Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bagi menyertai latihan skuad Olimpik tetapi harus kembali bersama pasukan Kelantan dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan menentang Kuala Lumpur, malam ini.

'Apek sepatutnya perlu melaporkan diri pada 25 Januari di Wisma FAM tetapi menyangka perlu melaporkan diri selepas perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu, pada Sabtu ini.

'Saya sudah meminta pihak pengurusan Kelantan dan Apek sendiri menghubungi ketua jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee, bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik demi kepentingan bersama semua pihak,' katanya.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan kegagalan penjaga gol berusia 23 tahun itu melaporkan diri untuk menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan C Kelayakan Olimpik menentang Bahrain pada 5 Februari ini.

Ong dilaporkan memberi pelepasan kepada enam pemain luar, termasuk penjaga gawang Kelantan itu pulang sehari sebelum perlawanan melibatkan pasukan masing-masing hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim, berkata masalah komunikasi yang terputus berikutan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina menjadi punca berlakunya salah faham melibatkan kegagalan Khairul Fahmi melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik itu.

'Di Kelantan, cuti hujung minggu kami jatuh pada Jumaat dan Sabtu manakala di Kuala Lumpur, cuti panjang bermula dari Sabtu hingga Selasa. Kami pula menerima berita mengenai Apek perlu melaporkan diri bersama skuad Olimpik pada pagi Rabu.

'Kami cuba mendapatkan tiket penerbangan bagi membolehkan beliau menyertai latihan pada hari itu juga tetapi malangnya semua penerbangan sudah penuh. Jadi, hari ini (kelmarin) kami sudah mendapatkan tiket penerbangan bagi membolehkannya ke Kuala Lumpur,' katanya.

Ketika dihubungi, Apek mengesahkan akan melapor diri bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik di Wisma FAM selepas majikannya mendapatkan tiket penerbangan tengah hari kelmarin. -- Harian Metro.


 
   
 

SUKAN

 
 
Real seri dengan CSKA dalam perlawanan hambar
 
 
Tevez minta maaf kepada City
 
 
Peragakan barang kemas sebelum bertanding
 
 
Tseng terkilan masih belum dapat jadi juara di Singapura
 
 
Nani bakal diberi kontrak baru dengan gaji menarik
 
 
Pendapatan Man U meningkat hampir 8%
 
 
Sekilas Sukan
 
 
Jadual Sukan
 
 
Abramovich punca di balik kelembapan Chelsea