MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

8 Sep 2010

SUKAN

PUSINGAN KELAYAKAN EURO 2012
Belanda bertemu Finland tanpa barisan penyerang pilihan

ROTTERDAM: Pemain penyerang antarabangsa Belanda dan Liverpool, Dirk Kuyt, tidak akan beraksi selama beberapa minggu akan datang.

Ini disebabkan pemain harapan itu mengalami kecederaan tulang bahu selepas jatuh ketika cuba membuat sepakan libas sewaktu mengikuti latihan persiapan pusingan kelayakan Euro 2012 menentang Finland dalam Kumpulan E di Rotterdam.

Menurut jurulatih Belanda, Bert van Marwijk, kecederaan tersebut yang menimpa pemain penyerangnya itu tidak dijangkakan.

'Beliau telah banyak kali melakukan gaya sepakan tersebut, tetapi kali ini beliau tersilap langkah,' kata van Marwijk yang jelas kecewa.

'Tulangnya mungkin terseliuh dan beberapa ototnya mungkin terkoyak sama.'

Kyut pula menjadi harapan selepas menyumbat gol pertama ketika membantu Belanda membenam San Marino 5-0.

'Saya kira beliau terpaksa berehat selama sekurang-kurangnya beberapa minggu,' kata van Marwijk merujuk kepada keadaan penyerang berusia 30 tahun itu.

Pada masa yang sama, Liverpool enggan mengulas panjang mengenai kecederaan Kuyt yang dijadualkan akan menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor di Anfield untuk memastikan tahap kecederaan yang menimpa pemainnya itu.

Kecederaan ke atas pemain tersebut bererti van Marwijk akan ketiadaan barisan pemain penyerang yang ditampilkan dalam final Piala Dunia ketika kalah kepada Sepanyol Julai lalu.

Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben, juga terkeluar daripada perlawanan menentang Finland selepas mengalami kecederaan otot sementara pemain penyerang Arsenal, Robin van Persie, turut diketepikan kerana masalah lutut.

'Kini semua pemain penyerang terkeluar, oleh itu para pemain yang lain boleh cuba buktikan apa yang mampu mereka lakukan,' tambah jurulatih itu. -- Soccernet.



 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer