MADRID: Legenda Real Madrid, Zinedine Zidane, percaya pengurus baru kelab itu, Jose Mourinho, memiliki segala nilai yang diperlukan untuk membantu Real menumbangkan Barcelona dan menjadi kuasa utama dalam bola sepak Sepanyol dan Eropah sekali lagi.
Zidane telah bermain untuk Real selama lima tahun dari 2001 hingga 2006.
Beliau merupakan bintang kelab itu semasa mereka menjuarai Liga Juara-Juara dalam 2002 dan mahkota Liga Primera musim 2002-2003 sepanjang beliau di sana.
Meskipun musuh ketat mereka, Barca, kian menjadi pasukan yang handal dalam pertandingan tempatan dan juga dalam pertandangan luar negara sejak akhir-akhir ini, Zidane - yang pernah memenangi Piala Dunia bersama Perancis - yakin bahawa kedatangan Mourinho akan membolehkan Real kembali menyerlah.
'Mourinho membawa bersamanya apa yang kehilangan daripada pasukan ini,' kata mantan kapten Perancis itu.
'Barca sedang menunjukkan persembahan yang baik sekarang, tetapi tahun ini, Madrid boleh melakukan sesuatu yang penting.
'Dengan cara Barcelona bermain sekarang, adalah sukar untuk berada pada tahap mereka, tetapi Madrid mempunyai pemain dan jurulatih untuk mengalahkan mereka.'
Zidane, 38 tahun, percaya Mourinho juga harus mencontohi Barcelona dan menunjukkan bahara Real juga memiliki pemain yang mampu menjadi pemain handalan.
Ini memandangkan pasukan itu mempunyai banyak pemain berbakat.
'Sekarang mereka mesti juga memikirkan mengenai sistem pemain belia,' kata Zidane.
'Barca telah berjaya dengan sistem mereka sejak akhir-akhir ini dan telah melahirkan empat atau lima pemain.' - Soccernet.