MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
DAVID JAMES: Turut beraksi untuk England di Piala Dunia Afrika Selatan baru-baru ini. - Foto AFP
Mudah cetak
E-mel

1 Ogos 2010

SUKAN

James ikat kontrak setahun dengan kelab Bahagian Dua, Bristol City

LONDON: Penjaga gawang Piala Dunia England, David James, telah mengikat kontrak setahun untuk menyarungi jersi kelab Bristol City dari Liga Bahagian Dua England, demikian diumumkan oleh kelab itu kelmarin.

James akan menyertai kelab ini mulai hari ini sempena hari lahirnya yang ke-40.

Mengikut persetujuan kontrak itu, James - yang musim lalu beraksi untuk pasukan Portsmouth - diberi pilihan untuk membaharui kontraknya selepas tamat tempoh kontraknya nanti.

Penjaga gawang yang berpengalaman itu mengambil keputusan meninggalkan Portsmouth selepas pasukan itu diturunkan ke Liga Juara pada musim akan datang.

Beliau, yang turut terpilih ke pertandingan Piala Dunia Afrika Selatan baru-baru ini, telah beraksi dalam tiga perlawanan terakhir England menyusuli kesilapan Rob Green semasa perlawanan pembukaan England yang membolehkan Amerika Syarikat menyamakan kedudukan.

James mempunyai peluang untuk menyertai pasukan Celtic dari Scotland tetapi pengurus pasukan itu, Neil Lennon, berkata penjaga gawang itu menolak tawaran tersebut kerana soal keluarga. -- Reuters.



 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer