MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
SAM QUERREY: Sempat bangkit walau ketinggalan 4-5 dalam set penentuan. - Foto AFP
Mudah cetak
E-mel

1 Ogos 2010

SUKAN

Juara bertahan bangkit untuk ke final

LOS ANGELES: Pilihan kedua dan juara bertahan, Sam Querrey, bangkit daripada permainan hambar pada set kedua untuk melayakkan diri ke final tenis Terbuka Los Angeles dengan menewaskan pemain veteran Jerman, Rainer Schuettler, 6-2 3-6 7-6 kelmarin.

Pemain Amerika Syarikat itu tidak dapat mengawal emosinya dengan menghempaskan raketnya selepas ketinggalan 4-5 dalam set penentuan.

Tetapi beliau dapat bangkit menyekat pemain Jerman itu daripada memungut mata kemenangan.

Querrey, yang menewaskan Carsten Ball dari Australia dalam final tahun lalu, akan menentang pilihan keenam, Janko Tipsarevic, yang mengalahkan Marcos Baghdatis dari Cyprus 6-3 7-5.

Di Stanford (California), Victoria Azarenka juga bangkit untuk mengejutkan juara bertahan, Marion Bartoli, 3-6 6-3 6-3 dalam perlawanan suku akhir Klasik Stanford.

Dalam perlawanan yang lain, pilihan utama Samantha Stosur dari Australia menang 7-5 3-6 6-3 ke atas Yanina Wickmayer dari Belgium. -- Reuters, AFP


 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer