MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

1 Ogos 2010

SUKAN

Atlit pertama Perancis juara berganda

BARCELONA: Christophe Lemaitre menjadi atlit Perancis pertama menjadi juara berganda acara pecut Kejohanan Atletik Eropah apabila beliau mencatatkan masa 20.37 saat untuk memenangi perlumbaan 200 meter kelmarin.

Christian Malcolm dari Britain menduduki tempat kedua dengan masa 20.38 saat dan seorang lagi pelari pecut Perancis, Martial Mbandjock, menduduki tempat ketiga bagi menambah satu lagi pingat gangsa yang dimenanginya dalam final 100 meter.

Lemaitre mengadu keletihan semasa perlumbaan saringan 200 meter ekoran kejayaannya dalam final 100 meter Selasa lalu dan beliau ketinggalan di tempat kelima menjelang 100 meter terakhir - jauh di belakang Malcolm.

Tetapi sorakan para peminat merangsang beliau pada 30 meter terakhir dan memecut sambil melompat mendahului Malcolm di garisan penamat.

'Saya berasa seperti berlari dalam perlumbaan 100 meter dan kejayaan ini membolehkan saya meraikannya dengan bangga,' kata jaguh Perancis itu yang akan juga menyertai acara 4x100 meter hari ini.

Pecutan Lemaitre di peringkat akhir perlumbaan memeranjatkan Malcolm, yang agak kecewa kerana gagal memenangi pingat emas 200 meter ini. - Reuters.



 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer