MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
KEJAYAAN MEMBERANGSANGKAN: Para pegawai dan pemain Singapura (berdiri dari kiri) jurulatih Nurhisham Adam, Asfandi Ja'al, Mohd Farhan Amran, Mohd Magrib Ibrahim dan pengurus pasukan Meswan Satin, sementara bertinggung ialah Eddy Nor Shafiq Sahari (kiri) dan Mohd Haikal Mohd Yasin. - Foto PERSES
Mudah cetak
E-mel

1 Ogos 2010

SUKAN

Regu Singapura juarai Bahagian Satu Piala Raja Thai

SINGAPURA muncul juara acara regu Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai Bahagian Satu selepas menewaskan China 2-1 di Chiang Mai kelmarin.

Gandingan Mohd Farhan Amran, Asfandi Ja'al dan Mohd Haikal Mohd Yassin mengambil masa 70 minit untuk memenangi kejuaraan ini.

Selepas menang 21-16 dalam set pertama, regu Singapura ini tewas tipis 20-22 dalam set kedua sebelum berjuang sengit untuk memenangi pertarungan tie-break yang berkesudahan 17-15.

Di peringkat kumpulan, Singapura menewaskan Jerman 2-0 dan India 2-1, sebelum mengatasi Filipina di separuh akhir. China pula memenangi kumpulannya dengan mengalahkan Filipina dan Amerika Syarikat serta menundukkan India di separuh akhir.

Dengan kejayaan ini, Singapura akan bermain dalam Bahagian Perdana tahun depan. Dalam acara beregu, Singapura tersingkir di pusingan awal.

Sementara itu, Malaysia membukti kehandalannya apabila muncul sebagai juara regu Bahagian Perdana dengan menewaskan Indonesia 2-0.


 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer