MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

9 Feb 2010

SUKAN

Sekilas Sukan

Robinho pulang dengan bergaya

RIO DE JANEIRO: Robinho merayakan pemulangannya ke Santos dengan jaringan gol kemenangan cemerlang 2-1 ke atas Sao Paulo dalam Kejohanan Paulista kelmarin.

Penyerang Brazil itu, yang dipinjamkan kepada Manchester City selama enam bulan, dimasukkan selepas minit ke-13 separuh masa kedua dan menjaringkan gol menerusi kuisan ke belakang yang sekali gus menewaskan penjaga gawang Rogerio Ceni lima minit sebelum tamat permainan. -- Reuters.

Juara Olimpik menang mudah

MOSCOW: Juara Olimpik acara lompat bergalah wanita, Yelena Isinbayeva, dengan mudah memenangi temasya antarabangsa Moscow dengan lompatan ketinggian 4.85 meter kelmarin.

Bagaimanapun, beliau gagal membaiki rekod kejohanan dewan yang disandangnya setinggi 5 meter yang dicatatkan di Donetsk, Ukraine, tahun lalu. -- Reuters.

Kameda juara baru tinju

KOBE (Japan): Daiki Kameda menjadi juara baru kelas fly Persatuan Tinju Dunia (WBA) selepas mencatatkan kemenangan mata sebulat suara ke atas Denkaosen Kaowichit dari Thailand dalam pertemuan kedua mereka kelmarin.

Kameda, 21 tahun, menang dengan mencatatkan mata 116-110, 114-112, 116-110 selepas pertarungan 12 pusingan.

Ini merupakan kemenangan ke-16 bagi petinju Jepun itu. -- AFP.

Klip video PM 'senjata' M'sia

KUALA LUMPUR: Klip video sokongan Perdana Menteri adalah antara 'senjata' yang dibawa rombongan Malaysia ke Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Vancouver, Canada, dalam usaha Kuala Lumpur memenangi bidaan untuk menganjurkan Kongres IOC 2013 dan Sukan Asia 2019.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkata rombongan Malaysia yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, akan membentangkan gambaran semasa Sesi IOC ke-122 esok sebelum 115 anggota badan dunia itu mengundi.

Saingan Malaysia ialah Buenos Aires (Argentina). -- Bernama.

Marseille atasi Valenciennes

PARIS: Olympique Marseille menumpaskan Valenciennes 5-1 kelmarin dan menempatkan pasukan pimpinan Didier Deschamps di tangga kelima Liga Satu Perancis.

Gol-gol kemenangan dijaringkan Brandao, Lucho Gonzalez, Mamadou Niang, Benoit Cheyrou dan Mathieu Valbuena.

Olympique Lyon pula menamatkan permainan dengan 10 pemain dalam perlawanan dengan Toulouse yang berakhir seri, sementara Saint-Etienne menamatkan rekod kemenangan Monaco sejak empat perlawanan lalu dengan menundukkan mereka 3-0. -- Reuters.

 
   
 

SUKAN

 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Isner lunturkan Federer
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten