YANG RUGI DAN YANG UNTUNG: Pemecatan John Terry (kiri) sebagaio kapten England membuka peluang kepada rakannya, Rio Ferdinand (kanan), dilantik pemimpin baru bagi perjuangan pasukan itudi Piala Dunia Afrika Selatan pada Jun ini nanti.
|
Mudah cetak
E-mel
7 Feb 2010
SUKAN
Terry tanggung rugi selepas dipecat
Bintang pertahanan dijangka hilang hingga $45j menerusi tajaan komersial
LONDON: Kapten England, John Terry, telah dipecat dan akibatnya bintang pertahanan itu dijangka kehilangan sehingga £pounds;20 juta ($45 juta) menerusi perjanjian komersial untuk empat tahun akan datang.
Kapten Chelsea berusia 29 tahun itu telah dilucutkan peranan kapten - digantikan dengan Rio Ferdinand - selepas pertemuan hanya sekitar 12 minit dengan pengurus pasukan England, Fabio Capello, di Wembley.
'Selepas memikirkannya masak-masak, saya memutuskan jalan terbaik ialah melucutkan peranan kapten daripada Terry,' kata Capello dalam kenyataannya.
'Sebagai kapten pasukan, John Terry perlu menunjukkan kelakuan yang benar-benar positif. Saya turut menimbangkan perkara-perkara lain dan yang terbaik untuk skuad England.
'Langkah terbaik untuk pasukan England telah mendorong saya membuat keputusan ini. John Terry merupakan orang pertama diberitahu mengenainya.'
Capello kemudian membayangkan bahawa Ferdinand, yang kini naib kapten pasukan nasional, akan mengambil alih tugas Terry.
'Apabila saya memilih John Terry sebagai kapten, saya juga memilih naib kapten dan menamakan pilihan ketiga (Steven Gerrard),' jelasnya. 'Jadi, tiada sebab untuk mengubah keputusan ini.'
Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, percaya para peminat bola sepak akan menyokong keputusan pengurus asal Italy ini.
'Sebagai pengurus pasukan, beliau telah membuat keputusan ini. Saya fikir orang ramai akan menerima keputusan ini,' tegasnya.
Sementara itu, pakar-pakar penaja percaya skandal seks Terry dengan model Vanessa Perroncel, bekas pasangan rakan sepasukan England, Wayne Bridge, akan mengakibat beliau kehilangan beberapa kontrak lumayan.
Kontrak individu beliau yang ada sekarang ialah dengan but Umbro bernilai £pounds;4 juta selepas kontraknya dengan King of Shaves tamat pada 2008.
Pendapatan tajaan lain bagi Terry ialah dengan Samsung, yang terikat dengan Chelsea, dan Nationwide, penyokong kuat pasukan nasional England.
Kejayaan England dalam Piala Dunia pada di Afrika Selatan Jun ini yang diharap-harapkan - dan kemungkinan beliau menjulang trofi - akan meningkatkan lagi pendapatan Terry daripada pihak penaja.
Kini beliau tidak berpeluang mengikuti jejak David Beckham, yang mendapat tajaan daripada penaja-penaja seperti Vodafone, Gillette dan Pepsi yang menawarkan kontrak bernilai antara £pounds;3 hingga £pounds;5 juta setiap tahun.
Terry, yang bernilai £pounds;17 juta dengan pendapatan daripada kelabnya £pounds;150,000 seminggu, juga akan kehilangan bonus kapten bernilai £pounds;250,000 daripada kongsi bayaran tunai penaja.
Beliau juga akan kehilangan bahagian besar pendapatan daripada buku yang akan diterbitkan selepas kejohanan di Afrika Selatan, di samping tajaan jenama pakaian.
Dr Sue Bridgewater, pensyarah pemasaran sukan di Warwick Business School, berkata: 'Seperti kos yang dialami oleh Tiger Wood, kehilangan pendapatan adalah besar.
'Malah sebelum kontroversi ini timbul, syarikat-syarikat tidak banyak menggunakan Terry dari segi pemasaran barangan mereka tetapi terdapat potensi memandangkan kemungkinan kejayaan England dalam Piala Dunia pada musim panas nanti.
'Kapten-kapten England yang lalu memperolehi pendapatan yang lumayan dan yang paling berjaya tentu sekali David Beckham.
'Beliau kelihatan mempunyai imej yang positif di luar bidang sukan, terutama sekali di rantau Timur Jauh di mana beliau kelihatan mempunyai keluarga yang kukuh.'
Pakar-pakar jenama juga percaya Nationwide dan Samsung, firma elektronik Korea Salatan yang baru-baru ini menyambung kontrak mereka sehingga 2013, akan secara senyap-senyap menggugurkan imej Terry daripada kempen mereka dan mengalihkan fokus mereka kepada pemain-pemain lain.
'Dakwaan skandal seks ini telah merosakkan imej Terry sebagai ketua keluarga bahagia,' kata seorang pakar. 'Peranannya sebagai kapten England memerlukan imej yang bersih sama sekali.
'Kini beliau kehilangan keistimewaan komersial sebagai kapten England, yang nilainya begitu lumayan.' - The Sun, AFP.