MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

10 Dis 2009

SUKAN

SUKAN SEA KE-25, LAOS
VIENTIANE 2009

37 acara akan dipertanding dalam Sukan SEA 2011

INDONESIA akan mempertandingkan 37 acara, termasuk dua acara sukan ekstrem dan dua acara baru, apabila ia menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-26 pada 2011.

Acara-acara ini telah dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Sukan SEA (SGF) di Vientiane, Laos, kelmarin.

Indonesia juga akan menggugurkan empat acara yang dipertandingkan dalam temasya di Laos ini iaitu petanque, renang sirip, muay thai dan timang bulu ayam.

Perkara ini didedahkan oleh wakil Malaysia dalam mesyuarat SGF itu, Sieh Kok Chi.

'Dua acara sukan ekstrem yang disertakan ialah mendaki tembok dan kasut roda,' kata Sieh, yang juga setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kepada Bernama.

Menurutnya, Indonesia akan menawarkan acara-acara badminton, angkat berat, akuatik, bola sepak, memanah, menembak, silat, taekwondo, atletik, squash, hoki, billiard & snuker, tinju, bola tampar, bola keranjang, golf, judo, sepak takraw, tenis meja, wushu dan lumba basikal.

Acara lain yang tidak dipertandingkan di Vientiane tetapi akan ditawarkan di Indonesia ialah bowling, ekuestrian, gimnastik, pedang, catur, lumba bot tradisional, kayak, mendayung, kapal layar, bola lisut dan besbol.

Indonesia juga buat pertama kalinya dalam sejarah Sukan SEA menawar acara Kempo, sejenis sukan lawan pedang menggunakan buluh, yang berasal dari Jepun.

Selain itu, negara itu juga menawarkan acara powerlifting bagi atlit normal - sejenis acara yang dipertandingkan oleh atlit paralimpik.

Sementara itu, Singapura secara rasmi telah menarik diri daripada menganjurkan Sukan SEA ke-27 pada 2013.

Vietnam, tuan rumah Sukan SEA ke-23, telah menawar diri untuk menganjurkannya jika tiada negara Asean lain yang berminat.

Menurut giliran, selepas Singapura pada 2013, tiba pula giliran Kemboja, Myanmar, Brunei, Malaysia dan Vietnam untuk menjadi tuan rumah. -- Bernama.



 
   
 

SUKAN

 
 
Hukuman seumur hidup wajar
 
 
Presiden tentukan sama ada mahu dedahkan nama pemain terbabit
 
 
FAS mahu skuad SingaXII bersikap profesional
 
 
Persiapan SingaXII terjejas dengan kes Firdaus, NS
 
 
Pertahanan Liverpool bertaring
 
 
Makan malam bersama Presiden
 
 
Siri Super 2 dibelenggu penarikan diri beberapa negara peserta
 
 
'Hadapilah realiti Malaysia tidak mungkin julang Piala Thomas'
 
 
BAM adakan perlawanan simulasi hadapi bahang kejohanan
 
 
Djokovic mahu tumpu pada Terbuka Perancis dahulu
 
 
Sekilas Sukan