MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

27 Okt 2009

SUKAN

SUKAN SEA
Dua petinju S'pura berlatih di Cebu

Ridhwan, Khairul ikuti latihan lima minggu

Oleh
Mohd Sani Ali

BUAT julung-julung kali, Persatuan Tinju Amatur Singapura (Saba) menghantar dua petinju mengikuti khemah latihan lima minggu di Cebu, Filipina sebagai persiapan ke Sukan SEA.

Dua wakil petinju itu - Muhd Ridhwan Ahmad dan Khairul Anuar Hamid - akan mewakili Singapura dalam Sukan SEA Vientiane, Laos, yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 18 Disember ini.

Ini adalah kali pertama Singapura menghantar petinju ke Sukan SEA sejak Sukan SEA Chiangmai 1995.

Menurut bekas ahli tinju Sukan Olimpik, Syed Abdul Kadir, rancangan menghantar mereka ke Cebu adalah untuk memberi mereka persiapan terbaik sebelum tampil di Laos nanti.

'Mereka akan berlatih di Gimnasium Ala, salah satu gimnasum latihan tinju terbaik di rantau ini.

'Ramai petinju profesional berlatih di sana,' kata Syed Kadir, yang juga naib presiden Saba ketika ditemui di Terminal Dua Lapangan Terbang Changi pagi semalam.

'Mereka akan mempunyai rakan sparring terbaik di kalangan petinju profesional.

'Inilah peluang yang sukar dimiliki Ridhwan dan Khairul di sini kerana kami tidak memiliki petinju berkaliber untuk dijadikan rakan latihan,' tambah Syed Kadir.

Beliau juga melahirkan rasa bertuah kerana program latihan itu menjadi kenyataan atas bantuan Ian Mullane, pemilik 'Vanda Boxing Club' dan Vanda Promotions and Fidgets di Turf City, yang mempunyai rangkaian hubungan dengan Gimnasium Ala di Cebu itu.

'Saya berharap penyertaan dua pentinju ini bakal meningkatkan lagi minat ramai dalam sukan ini dan lebih ramai akan tampil di Sukan SEA 2011 dan Sukan SEA 2013,' kata Mullane yang turut berada di Lapangan Terbang Changi semalam.

Melahirkan harapannya, Syed Kadir berkata: 'Mudah-mudahan mereka dapat memanfaatkan secara maksimum latihan di Filipina itu dengan sebaik-baiknya.'

Beliau gembira kedua-dua petinju nasional itu telah menjalani latihan gigih sepanjang Ramadan tanpa meninggalkan puasa masing-masing.

'Dengan persiapan itu, saya yakin mereka akan dapat melalui latihan yang lebih lasak semasa di Cebu dan meningkatkan mutu tinju masingmasing bagi tugas di Sukan SEA,' jelas Syed Kadir.

'Semoga latihan ini menjadi bekalan bermanfaat ke Sukan SEA Laos nanti. Kami mahu mencatatkan yang terbaik dalam latihan dan dalam pertandingan kelak,' kata Khairul, 26 tahun.

'Kami menanti peluang mengadakan latihan sparring dengan para petinju profesional di Cebu.

'Apa yang kami pelajari di sana nanti tentunya dapat kami gunakan buat latihan harian apabila kami pulang ke tanah air dan kami berharap dapat menggunakan kaedah latihan itu untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang lain,' kata Ridhwan, 22 tahun.




 
   
 

SUKAN

 
 
Pengurus baru England: Redknapp enggan buru-buru
 
 
Guardiola yakin Barca masih boleh jadi juara
 
 
Pemain, usah sesiakan bakat
 
 
Mancini nafi City rasa tertekan dek berada di persada liga
 
 
Rooney ubah nasib Manchester United
 
 
Persembahan terbaik SingaXII
 
 
Selangor belum dapat ITC Balaban
 
 
Kim Swee mahu anak buah konsisten
 
 
Isner lunturkan Federer