DALAM laporan bertajuk Filipina bunuh dua pemimpin JI, satu ketua Abu Sayyaf di muka 10 semalam, kami melaporkan warga Singapura, yang juga pemimpin kanan Jemaah Islamiyah (JI), Muhammad Ali Abd Al-Rahman, ialah bekas askar berpangkat mejar dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Maklumat ditukil daripada agensi berita Reuters.
Kementerian Pertahanan (Mindef) menjelaskan laporan itu tidak tepat.
Muhammad Ali tidak berpangkat mejar dan tidak pernah berkhidmat sepenuh masa di SAF, katanya.