MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SINGAPURA

Didenda kerana langgar PPO dengan ikat isteri pada katil

SEORANG penganggur, Mohd Hanif Abdullah, didenda $2,000 semalam kerana melanggar Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) yang diperolehi isterinya dengan mengikat beliau di bingkai katil.

Mohd Hanif, 46 tahun, mengaku bersalah melanggar PPO yang diperolehi sejak Mei lalu itu.

Mahkamah Rendah semalam diberitahu bahawa Mohd Hanif berbuat demikian apabila isterinya enggan berbincang tentang rancangan isterinya hendak bercerai.

Anak sulung perempuan mereka mendengar pertengkaran itu lalu menghubungi polis.

Dokumen mahkamah menunjukkan Hanif mengejut isterinya daripada tidur di flat mereka di Tampines sekitar 9 malam pada 28 Disember lalu.

Isterinya tidak menyenangi perbuatannya dan enggan berbincang tentang prosiding perceraian mereka.

Oleh kerana tidak berpuas hati, Hanif mengikat tangan beliau di bingkai katil menggunakan kabel.

Isterinya tidak menjerit kerana tidak mahu pertengkaran mereka didengar tiga anak mereka berusia antara tiga dengan 13 tahun.

Mereka hanya bertenang apabila anak sulung mereka mengetuk pintu bilik dan meminta bapanya melepaskan ibunya. Hanif melepaskan ikatan itu.

Dalam rayuannya, Mohd Hanif berkata dia hanya ingin berbincang dan menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi isterinya bertindak agresif.

Dia mengikat isterinya bagi membolehkan beliau mendengar cakapnya, ujar Hanif.



 
   
 

SINGAPURA

 
 
Yaw tidak akan merayu
 
 
Hakim: Perayu tidak menyesali perbuatannya
 
 
Temasek Review Emeritus mohon maaf pada PM Lee
 
 
Harga COE kereta capai paras rekod
 
 
Dijel lima minggu gara-gara guna kad kredit curi
 
 
Didenda $2,000 kerana tumbuk warden tempat letak kenderaan
 
 
Aturan CBD bagi teksi diubah mulai bulan depan
 
 
Sumbang keringat demi bantu warga tua
 
 
Sebelum konsert, Slam lawat pesakit ginjal
 
 
Basikal bukan kenderaan bermotor, larangan dimansuh