MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SINGAPURA

KES SALAH LAKU DUA PEGAWAI KANAN MHA
PM jamin siasatan sepenuhnya

MHA keluarkan kenyataan tidak melengahkan langkah dedahkan kes

PEMERINTAH Singapura menitikberatkan tahap kelakonan yang tinggi bagi pegawai perkhidmatan awamnya dan akan melaksanakan sepenuhnya siasatan mengenai dakwaan salah laku melibatkan dua pegawai kanan di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menekankan demikian ketika menemui media Singapura di Davos, Switzerland, pagi semalam.

'Tidak kira siapa dia, tidak kira apa jawatan yang dipegangnya, kita akan teruskan siasatan dan selesaikannya.

'Jika dia telah melakukan kesalahan, dia mesti dihukum, jika dia tidak melakukan sebarang kesalahan dia perlu dibebaskan,' kata Encik Lee.

Perdana Menteri mengulas tentang kes melibatkan bekas Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Lim, dan bekas Pengarah Biro Narkotik Pusat, Ng Boon Gay, yang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Encik Lee berada di Davos menghadiri majlis jamuan malam anjuran Presiden Mexico, Encik Felipe Calderon, bagi negara-negara G-20.

Singapura salah satu negara bukan anggota G-20 yang diundang memberi pandangan di mesyuarat sidang puncak G-20 yang akan dadakan di Mexico pada Jun.

Di majlis jamuan itu Encik Lee menyuarakan keprihatinan dari sudut Singapura sebagai sebuah negara Asia yang memerhatikan kemelut ekonomi dan cara Asia boleh menyumbang bagi mencari huraian krisis tersebut.

Sementara itu, MHA semalam mengeluarkan kenyataan mengenai kes salah laku melibatkan dua pegawai atasan kementerian itu.

MHA berkata pihaknya tidak melengahkan langkah mendedahkan kes tersebut.

CPIB telah memulakan siasatan ke atas seorang pegawai pada 14 Disember dan seorang lagi pada 14 Januari.

Menurut kenyataan MHA, dalam rangka siasatan CPIB, seseorang itu akan diberkas jika ada asas mengesyaki orang itu telah melakukan kesalahan.

Langkah itu adalah prosedur biasa, kata MHA.

Mereka yang disyaki boleh dibebaskan atas ikat jamin dan dikehendaki kembali membantu siasatan.

Kedua-dua pegawai diarah mengambil cuti apabila siasatan dimulakan dan MHA berkata adalah terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan CPIB baru sahaja memulakan siasatan.

'Pengumuman (awal) juga boleh menjejas siasatan CPIB,' jelas MHA.

Pada 20 Januari CPIB memaklumkan MHA bahawa biarpun siasatan baru dijalankan terdapat asas yang kukuh bagi MHA mempertimbangkan tindakan disiplin di bawah peraturan Perkhidmatan Awam.

MHA juga mengambil tindakan melantik pengganti bagi memastikan kepimpinan berterusan.

'Proses teratur perlu dilaksanakan bagi membantu siasatan dan bersikap adil kepada pegawai yang dituduh serta mengelakkan prejudis dalam proses undang-undang atau tindakan disiplin,' kata kenyataan MHA.

Kenyataan itu menambah: 'Kes-kes ini menunjukkan bahawa dakwaan salah laku terhadap pegawai-pegawai perkhidmatan awam akan disiasat sepenuhnya dan dengan terperinci tanpa mengira kedudukan atau pangkat mereka, demi memastikan tahap integriti dan kelakuan tertinggi dalam perkhidmatan awam.'

 
   
 

SINGAPURA

 
 
Yaw tidak akan merayu
 
 
Hakim: Perayu tidak menyesali perbuatannya
 
 
Temasek Review Emeritus mohon maaf pada PM Lee
 
 
Harga COE kereta capai paras rekod
 
 
Dijel lima minggu gara-gara guna kad kredit curi
 
 
Didenda $2,000 kerana tumbuk warden tempat letak kenderaan
 
 
Aturan CBD bagi teksi diubah mulai bulan depan
 
 
Sumbang keringat demi bantu warga tua
 
 
Sebelum konsert, Slam lawat pesakit ginjal
 
 
Basikal bukan kenderaan bermotor, larangan dimansuh