MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

28 Jan 2012

SINGAPURA

UBAH SUAI TOLOK MINYAK
Jumlah yang didakwa berkurang

BILANGAN mereka yang didakwa atas kesalahan mengubah suai tolok minyak (fuel gauge) berkurangan tahun lalu - kali pertama dalam lima tahun.

Seramai 14 orang didakwa melakukan kesalahan itu tahun lalu, berbanding 24 pada 2010, 24 pada 2009, empat pada 2008 dan dua pada 2007.

Mendedahkan perangkaan tersebut dalam satu taklimat media semalam, Kastam Singapura berkata trend menurun itu hasil lebih ramai sedar akan akibat kesalahan itu.

Dalam taklimat semalam, Kastam Singapura turut mengingatkan peraturan tiga suku tangki diperluas kepada kereta yang dipacu gas asli (CNG) mulai 1 Januari lalu.

Pemandu dinasihatkan supaya tidak melanggar peraturan itu kerana pemeriksaan ketat dijalankan di pusat-pusat imigresen.

Bilangan orang yang ditangkap tidak mematuhi peraturan tiga suku tangki berkurangan kepada 3,191 tahun lalu, daripada 4,303 pada 2010.

Pemandu yang didapati bersalah mengubah suai tolok minyak dengan memberi maklumat palsu boleh dikenakan hukuman penjara hingga 12 bulan atau denda hingga $500 atau kedua-duanya.

Sementara itu, Kastam Singapura mendakwa dua pedagang tahun lalu kerana melaporkan jumlah lebih rendah daripada jumlah sebenar kenderaan yang diimport.

Kedua-duanya dihukum denda $12,000.

Tahun lalu, kastam turut mendakwa dua orang kerana menyeludup minuman keras dalam tangki minyak kereta yang diubah suai di pusat imigresen.

 
   
 

SINGAPURA

 
 
Yaw tidak akan merayu
 
 
Hakim: Perayu tidak menyesali perbuatannya
 
 
Temasek Review Emeritus mohon maaf pada PM Lee
 
 
Harga COE kereta capai paras rekod
 
 
Dijel lima minggu gara-gara guna kad kredit curi
 
 
Didenda $2,000 kerana tumbuk warden tempat letak kenderaan
 
 
Aturan CBD bagi teksi diubah mulai bulan depan
 
 
Sumbang keringat demi bantu warga tua
 
 
Sebelum konsert, Slam lawat pesakit ginjal
 
 
Basikal bukan kenderaan bermotor, larangan dimansuh