MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
PERJUANG KEBAJIKAN KUCING: Cik Fareena Omar dan suaminya, Encik Himmah Jumala, bersama tiga daripada lapan ekor kucing dalam jagaannya. -- Foto KHALID BABA
Mudah cetak
E-mel

16 Jan 2012

SINGAPURA

WAWANCARA BERSAMA PRESIDEN PERSATUAN KEBAJIKAN KUCING (CWS), CIK FAREENA OMAR
Lebih 200 aduan jagaan kucing diabai

70 peratus libat pemilik Melayu yang rela buang atau biar haiwan merayau dan kotori tempat awam

Oleh
Nuradilah Mahbob

SEDANG sebuah program perintis diuji bagi membenarkan penggemar kucing memelihara haiwan itu di flat HDB, Presiden Persatuan Kebajikan Kucing (CWS), Cik Fareena Omar, berharap pemilik kucing mempunyai sikap tanggungjawab tinggi untuk menjaganya dengan baik.

Ini memandangkan lebih 200 aduan terhadap kucing berlaku setiap bulan dari penduduk yang melaporkannya kepada majlis-majlis bandaran.

Menurut Cik Fareena, lebih 70 peratus aduan yang dirujukkan kepada CWS itu melibatkan keluarga Melayu yang gagal menjaga kucing mereka hingga haiwan itu mengganggu jiran tetangga.

Kebanyakannya melibatkan pemilik kucing membiarkan kucing mereka merayau- rayau di luar rumah hingga membuang najis dan mengotori tempat awam.

Banyak juga aduan melibatkan pemilik Melayu membuang kucing mereka, hingga mereka disaman atau diberi surat amaran.

Di bawah Akta Binatang dan Burung, pemilik binatang yang didapati bersalah membuang binatang tanpa sebab boleh dihukum denda tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kededuanya sekali.

'Ada pula rela kucing mereka dihapuskan. Ini amat menyedihkan kerana mereka mengambil ringan soal nyawa,' kata Cik Fareena, 33 tahun, kepada Berita Harian, dalam satu interviu baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berasa lebih banyak usaha diperlukan untuk memupuk sikap tanggungjawab di kalangan pemilik kucing.

Katanya, langkah mengembiri kucing merupakan antara huraian jangka panjang bagi mengawal bilangan kucing terbiar, atau 'kucing masyarakat' - istilah lebih disenangi CWS.

Malah, langkah mengembiri kucing menjadi penekanan CWS sejak 1998.

CWS pimpinannya sejak dua tahun lalu itu kini bekerja rapat dengan kumpulan kerja antara agensi pemerintah - diketuai Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Tan Chuan-Jin - untuk mencari huraian bagi pengurusan haiwan.

Di bawah satu program perintis membenarkan pemilikan kucing di flat HDB, beberapa saranan akan dijalankan termasuk mengembiri kucing, meletakkan cip mikro, memastikan kucing berada di rumah setiap masa dan tidak dibuang pemiliknya sama sekali. Ia kini dirintis di Chong Pang.

Cik Fareena mengalu-alukan perkembangan itu sebagai satu langkah tepat, namun beliau mengingatkan ini tidak bermakna kaedah penghapusan telah dilarang, kerana ia masih lagi digunakan di estet yang mempunyai banyak kucing terbiar.

'Sedang kami ingin melihat tiada penghapusan dijalankan sama sekali, kami memerlukan kerjasama masyarakat,' ujarnya.

Dalam hal ini, CWS mahu melihat lebih ramai penjaga kucing masyarakat memastikan kucing-kucing itu diurus dengan baik termasuk diberi makan dan memastikan tiada pembuangan sisa makanan.

Walaupun mempunyai 600 penjaga kucing di serata negara, CWS masih memerlukan lebih ramai sukarelawan di kawasan seperti Bishan, Marsiling dan Woodlands yang kekurangan sukarelawan untuk menjaga kucing-kucing terbiar di situ.



 
   
 

SINGAPURA

 
 
Empat orang bakal kemuka pencalonan hari ini?
 
 
Kerja bina Wisma Geylang Serai dan siapkan kemudahan bazar Raya rancak
 
 
Dari atendan kepada pembantu jururawat
 
 
9 daripada 10 lulusan poly tempatan dapat kerja dalam enam bulan
 
 
Industri binaan guna teknologi 3D tingkat produktiviti
 
 
Keadaan berjerebu dijangka kembali lagi
 
 
Pendapatan kurang 50% sejak dikena batas waktu niaga
 
 
NEA tidak lagi terima aduan penduduk
 
 
Lebih 100,000 flat boleh dibina dalam penggal pemerintah kini
 
 
Sistem Gerak Cepat: LTA ada pelbagai pendekatan perundangan
 
 
$7 juta diketepi setiap tahun bagi biayai program dekati warga di luar negara
 
 
Hanya segelintir amah asing hamil
 
 
Gaji atendan sekolah dinaikkan 5%
 
 
Kuat kuasa nafkah: Permohonan berkurang