MUKA DEPAN
SINGAPURA
DUNIA
SUKAN
EKSTRA!
KOMENTAR
FORUM
EKONIAGA

  
Mudah cetak
E-mel

20 Nov 2009

SINGAPURA

KES CURI TELEFON BIMBIT
Mamat dibebaskan dengan ikat jamin

Oleh
Nurul Dayana Simangoon

PENYANYI rok Malaysia popular yang ditahan setelah dituduh mencuri telefon bimbit, Encik Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai 'Mamat', bekas anggota kumpulan muzik Exist, telah diikat jamin malam kelmarin.

Beliau dikatakan diikat jamin sekitar 8 malam dari Balai Polis Bedok, oleh pak ciknya yang tinggal di Singapura.

Polis mengesahkan 'Mamat' telah diikat jamin kelmarin dan kini sedang dalam siasatan.

Mamat ditahan setelah pelakon bebas Singapura, Encik Suhailmi Ruslan atau juga dikenali sebagai 'Amy Kecik', membuat laporan polis bahawa Mamat telah mencuri telefon bimbitnya.

Telefon bimbit terpakai yang lesap itu - jenama Samsung dan dibeli pada harga $280 - dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah Amy Kecik pada pagi Jumaat lalu.

Semalam ketika dihubungi, Amy Kecik ingin menarik balik dakwaan terhadap rakannya itu.

Ini kerana, katanya, beliau kasihan terhadap tiga anak Mamat yang masih kecil.

Namun, langkah menarik balik dakwaan tersebut tidak dibenarkan oleh pihak polis.

Mamat kini berada di rumah mak cik temanitanya di Bedok Reservoir.

Berita Harian difahamkan temanitanya itu seorang warga Singapura berusia 16 tahun.

Ketika ditemui Berita Harian di Bedok Reservoir semalam dan diminta mengulas tentang kes curi itu, Mamat berkata beliau bukan orang yang bersalah, tetapi orang yang tertuduh.

Mamat juga berkata beliau tidak mahu memberi butir lanjut tentang kes itu kerana telah dinasihati polis supaya tidak melakukan demikian kerana masih dalam siasatan.

Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Encik Suhailmi dalam laporan Berita Harian semalam.

'Namanya kawan, tetapi dia telah menjatuhkan nama saya dengan memberikan kenyataan seperti itu kepada Berita Harian.

'Saya tak kisahlah jika dia mahu memberikan kenyataan itu untuk menaikkan namanya sendiri, untuk memberi publisiti murahan kepada diri sendiri. Saya sudah tak nak dengar nama si Suhailmi itu lagi,' ujar Mamat lagi.

Mamat juga berkata beliau masih dalam keadaan trauma kerana ditahan di balai polis di sini dan tidak dibenarkan keluar dari Singapura selagi siasatan dijalankan.

Katanya lagi, beliau mula rapat dengan Amy Kecik ketika menjadi salah satu anggota panel hakim dalam pertandingan menyanyi 'Bintang Sensasi' di Kelab Masyarakat (CC) Taman Jurong, Mei lalu.

Beliau telah berulang-alik dari Malaysia ke Singapura sejak tiga atau empat bulan lalu untuk menghasilkan album baru di bawah syarikat Life Records.

Pengurus Life Records, Encik Osman Ariffin, berkata sejauh ini Mamat telah merakamkan lima lagu dan masih dalam proses menyiapkannya.

'Di Singapura, saya menyanyi di kelab malam dan majlis perkahwinan setiap kali menerima undangan.

'Malah, memang sebelum menjadi penyanyi juga saya giat berulang-alik ke Singapura kerana ibu dan beberapa ahli keluarga lain tinggal di Singapura,' ujar Mamat.

Ketika dihubungi menerusi panggilan jauh, bekas isteri Mamat, Cik Marshila Mustapa Kamal, 29 tahun, atau 'Shila', berkata mereka masih dalam proses perceraian setelah Mamat melafazkan cerai pada Oktober lalu.

Mereka akan ke mahkamah untuk menyelesaikan kes perceraian itu pada 3 Disember ini.

Mereka telah berumah tangga selama sembilan tahun dan dikurniai tiga anak berusia antara dua dengan tujuh tahun.



 
   
 

SINGAPURA

 
 
Lebih ramai asatizah sudah atau sedang dapatkan PhD
 
 
Banquet turunkan papan tanda akui 'hidang makanan halal'
 
 
ITE dan politeknik naikkan kadar yuran
 
 
Rawatan pemulihan dijangka main peranan lebih besar
 
 
CNB berkas 89 pesalah
 
 
Dua pusat jaja di Bedok dipertingkat
 
 
Beriani percuma di Masjid Malabar sempena maulud
 
 
Pekerja tua tetapi amat berharga
 
 
Dalami sains demi pembangunan diri, bantu Muslim
 
 
Seminar asatizah diadakan hari ini
 
 
Tidak lagi serik dipenjara dan dirotan
 
 
'Langgar tembok' bagi kebaikan bekas penagih
 
 
Penagih zaman sekarang sukar dikesan kerana kemas dan rapi, tidak lagi selekeh
 
 
Pendaftaran ke Madrasah Alsagoff menerusi Internet
 
 
Idea dan produk hiasan dalaman di ekspo pameran
 
 
Pasangan bermasalah diundang sertai kajian IPS
 
 
Diari